Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka rendah antara RM2,300 dan RM2,500 setan metrik dalam tahun ini berbanding RM2,783 setan yang dicatatkan pada tahun lepas berikutan penyusutan dalam permintaan serta kadar pengeluaran yang mula memulih.
RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) dalam satu kenyataan hari ini, berkata tahap inventori MSM dan lebihan bekalan minyak sayuran yang tinggi di Malaysia serta Indonesia juga akan memberi tekanan ke atas harga MSM.
Pengeluaran MSM Malaysia berjumlah RM9.9 juta tan pada 2017, menokok sebanyak 15 peratus dari tahun ke tahun, selepas pokok-pokok sawit mula memulih daripada kesan El Nino pada 2015/2016, manakala pengeluaran Indonesia pula, mengukuh 17 peratus dari tahun ke tahun kepada 38.2 juta setan metrik.
"Walaupun pertumbuhan agak baik, pemulihan hasil dan pengeluaran sawit adalah lebih rendah daripada jangkaan pasaran. Apabila sawit memulih sepenuhnya pada tahun ini, pengeluaran dijangka mencecah tahap normal," kata RAM Ratings.
Penggantungan sementara kerajaan Malaysia ke atas cukai eksport selama tiga bulan, berkuat kuasa pada 8 Jan lepas, dengan syarat tahap stok tidak jatuh kepada 1.6 juta metrik tan, dijangka meningkatkan eksport tempatan pada jangka pendek.
"Walaupun pertumbuhan permintaan untuk MSM diramal positif, pertumbuhan bekalan dijangka perlahan, memburukkan lagi tahap inventori yang sudah tinggi iaitu pada 2.7 juta tan di Malaysia dan empat juta tan di Indonesia," kata agensi penarafan itu.
Cadangan parlimen Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam pengeluaran bahan api bio dijangka akan menjejaskan harga MSM pada tempoh terdekat memandangkan EU merupakan pasaran eksport kedua terbesar bagi Malaysia dan Indonesia.
Kesan jangka panjang mungkin tidak akan ketara berikutan kadar pertumbuhan permintaan yang stabil bagi minyak sayuran dan dalam kebanyakan permintaan untuk minyak sawit daripada pasaran makanan.
"Kuantum kegunaan minyak sawit dalam pengeluaran bahan api bio di Kesatuan Eropah berjumlah sebanyak 3.5 juta tan, setara kepada kira-kira 5 peratus daripada pengeluaran minyak sawit global pada 2017," kata RAM Ratings.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2018
Tahap inventori MSM dan lebihan bekalan minyak sayuran yang tinggi di Malaysia serta Indonesia juga akan memberi tekanan ke atas harga MSM. - Foto fail Bernama
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius - Laporan
Laporan oleh FAO dan WFP itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.
Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB
Terengganu komited untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri kepada kira-kira 10 peratus tahun hadapan.
Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia
Hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.
Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.