CASANARE: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 4,000 terjejas akibat banjir di Casanare, Colombia.

Menurut kerajaan tempatan pada Selasa, hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.

Pihak berkuasa dan pegawai terpaksa mengharungi tanah ladang yang ditenggelami air pada Isnin untuk membawa bantuan kepada keluarga yang telah dipindahkan.

Ia susulan keadaan banjir yang menyebabkan jalan dan ladang ditelenggami air.

Beberapa orang mendakwa tanaman mereka, termasuk pisang, betik, dan manggis musnah selepas hujan lebat melanda wilayah utara.

Gabenor Casanare mengisytiharkan wilayah itu di bawah bencana awam pada Rabu pada musim hujan pertama.

Institut Meteorologi Colombia meramalkan peralihan antara El Nino ke La Nina, iaitu daripada panas dan sejuk, dalam fenomena yang sama pada bulan Mei dan Jun.

Hujan lebat dan taufan dijangka berlaku di Colombia sebagai sebahagian daripada kesan La Nina.