SHAH ALAM: Pengguna disaran tidak menghebahkan maklumat berhubung kenaikan harga barangan yang tidak munasabah dalam media sosial tetapi melaporkannya terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN Datuk Rohaizi Bahari berkata ia antara lain bagi memastikan bukti berkenaan harga makanan atau barangan di pasaran yang tidak munasabah itu tidak hilang sebelum penguat kuasa kementerian melaksanakan siasatan.
"Kalau lihat ada sesuatu harga barangan yang tidak munasabah dan ingin buat aduan, pengguna digalakkan untuk terus laporkan kepada KPDN ... dari situ, pihak kami boleh turun pantau dan siasat.
"Apabila ditularkan, ada (kemungkinan) bukti itu hilang dan sebagainya. Jadi lebih baik maklumkan kepada KPDN dan kita akan hantar pasukan penguat kuasa dengan segera untuk melihat aduan berkenaan," katanya mengulas tindakan kementerian itu dalam menangani kenaikan harga barangan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Pasar Raya AEON Setia Alam di sini hari ini.
Rohaizi berkata aduan yang tepat dan terperinci perlulah dibuat di saluran yang betul supaya pihaknya dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan sesegera mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Ia antara lain bagi memastikan bukti itu tidak hilang sebelum penguat kuasa kementerian melaksanakan siasatan. -Facebook KPDN Negeri Terengganu

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPDN
Ia antara lain bagi memastikan bukti berkenaan harga makanan atau barangan di pasaran yang tidak munasabah itu tidak hilang sebelum penguat kuasa kementerian melaksanakan siasatan.