KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mencadangkan satu klausa perubahan harga (VOP) diperuntukkan kepada projek pembinaan kerajaan bagi mengurangkan beban kontraktor yang terjejas akibat kenaikan harga bahan binaan ketika ini.
Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata pemberian VOP dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga dapat memastikan projek yang sedang dilaksanakan dapat disiapkan mengikut jadual.
"Tidak dinafikan kenaikan harga bahan binaan boleh menjejaskan aliran kewangan penggiat industri di sepanjang rantaian bekalan sektor pembinaan dan kenaikan ini dijangka dipindahkan kepada pengguna akhir.
"Isu ini tentunya mencetuskan pelbagai kesan sampingan kepada semua penggiat industri dalam situasi semasa pandemik yang mencabar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut kenyataan itu, CIDB mendapati kenaikan harga bahan binaan memberi kesan berbeza kepada kontraktor gred kecil dan besar berdasarkan kuantiti pembelian dan faktor lain seperti peningkatan kos bahan mentah, stok bahan binaan yang terhad, serta kos sampingan perniagaan.
Simulasi berdasarkan kenaikan harga kini menunjukkan peningkatan kos pembinaan adalah sebanyak tujuh peratus sekali gus mengurangkan margin keuntungan kontraktor terutamanya kontraktor kecil sekitar 15 peratus hingga 25 peratus.
Sehubungan itu, Ahmad 'Asri berkata CIDB dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam masa terdekat bagi melihat cara terbaik untuk membantu kontraktor kecil yang terjejas.
Buat masa ini, kontraktor dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memberi sebut harga kepada pelanggan bagi memastikan mereka bersedia dengan kemungkinan kenaikan harga berdasarkan harga bahan binaan semasa.
Bagi kontrak yang sedang berjalan, kontraktor dinasihatkan untuk berunding semula dengan pelanggan berdasarkan kenaikan harga yang terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021

CIDB mendapati kenaikan harga bahan binaan memberi kesan berbeza kepada kontraktor gred kecil dan besar.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Gagal patuh SOP PKP 3.0: 188 tapak pembinaan diarah tutup
Sebanyak 188 daripada 810 tapak pembinaan yang beroperasi di seluruh negara sepanjang PKP 3.0 didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan dan telah diarah tutup serta-merta.

Harga bahan binaan naik, CIDB cadang klausa perubahan harga
Pemberian VOP dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga dapat memastikan projek yang sedang dilaksanakan dapat disiapkan mengikut jadual.

Ringan beban kontraktor, CIDB lanjut Inisiatif PRIHATIN hingga 31 Mac
Keputusan itu dibuat selepas meneliti impak gelombang ketiga wabak COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Pergerakan pekerja antara tapak bina jadi punca peningkatan kes
Sub-kontraktor yang melaksanakan projek tersebut telah pergi ke beberapa projek yang lain dan kluster ini telah melibatkan lima projek pembinaan.

Tingkat pemeriksaan tapak bina: 781 projek tidak patuh SOP - CIDB
Pemeriksaan dilakukan pihaknya itu turut melibatkan 8,000 projek pembinaan yang sedang dilaksanakan di seluruh negara.

Jual kad UNHCR palsu, warga Myanmar ditahan
Kegiatan seorang lelaki warga Myanmar yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual kad UNHCR terbongkar apabila dia akhirnya ditahan polis.

Tragedi pelantar kren tumbang: Syarikat berdepan tindakan jika terbukti cuai - Fadillah
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengesahkan pegawai dari agensi CIDB akan "turun padang" bagi menyiasat kes kren tumbang, hingga mengorbankan dua nyawa di Samarahan pada Jumaat.