SIBU:Hanya seorang wakil syarikat atau majikan yang perlu hadir ke balai polis di daerah Sibu untuk membuat permohonan bagi mendapatkan permit perjalanan kerja ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Gesaan itu dibuat Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit kerana bimbang balai-balai polis di daerah itu dikerumuni orang awam yang mahu memohon permit.
“Untuk syarikat swasta yang memohon untuk isu permit pergerakan, mereka cuma perlu membawa senarai pekerja dan dokumen berkaitan, bukan semua pekerjanya turun.
“Kita menerima maklumat bahawa ada beberapa syarikat yang pekerjanya semua ke balai untuk memohon permit dan itu tidak perlu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Stanley turut menegaskan bahawa tiada permohohan dalam talian akan dibuka bagi tujuan tersebut.
Ini jelasnya sebagai mematuhi garis panduan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi membolehkan pihaknya meneliti setiap permohonan sebelum diluluskan.
“Berkenaan isu membuat permohonan secara dalam talian, sebenarnya kita tidak mendapat arahan untuk melaksanakan kaedah permohonan itu.
“Bagi mendapatkan permit, pemohon perlu hadir secara fizikal ke balai dan sesuatu permohonan itu akan diteliti sebaiknya sebelum permit dikeluarkan.
“Ini adalah arahan pihak JPBN Sarawak dan bukan semua permohonan yang dibuat mendapat kelulusan kerana setiap pemohon akan ditemu duga dan diteliti permohonannya,” tambah Stanley.
Selain itu, Stanley juga mengingatkan pihak majikan untuk tidak mempercayai khabar angin bahawa permohonan tidak boleh dibuat selepas 27 Januari 2021.
Untuk rekod, setakat semalam, polis Sibu telah mengeluarkan lebih 3,500 permit perjalanan kerja dan menolak 21 permohonan kerana tidak menepati syarat.
Astro Awani
Wed Jan 27 2021

Stanley turut menegaskan bahawa tiada permohohan dalam talian akan dibuka bagi tujuan tersebut. FOTO: Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hanya wakil syarikat perlu hadir ke balai untuk mohon permit - Ketua Polis Sibu
Hanya seorang wakil syarikat atau majikan yang perlu hadir ke balai polis di bahagian Sibu untuk membuat permohonan bagi mendapatkan permit perjalanan kerja.

PKP di Bahagian Sibu dan PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan 14 hari
JPBN Sarawak melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu selama 14 hari.

COVID-19: SOP baharu upacara pengebumian di Sarawak
JPBNS menetapkan garis panduan baharu berhubung jumlah kehadiran ke upacara pengkebumian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.