KUALA LUMPUR:Hanya 0.5 peratus atau 593 kes bayaran insentif dan bantuan kewangan untuk pekerja yang diberhentikan kerja pada 2020 masih belum selesai, menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Perkeso dalam kenyataan semalam berkata kes yang belum selesai tidak melebihi 14 hari, iaitu mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Perkeso menjelaskan dakwaan mengenai kelewatan dalam memproses permohonan dan pembayaran insentif serta bantuan kewangan untuk majikan dan pekerja.
Ia memberi jaminan bahawa Perkeso memantau dengan teliti perkembangan setiap kes kehilangan pekerjaan (LOE) dan permohonan tuntutan.
"Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso juga sedang giat mengambil langkah menangani isu beban kerja untuk pegawainya," menurutnya.
Ia berkata selain memproses tuntutan faedah SIP atau bantuan kewangan kerajaan, Perkeso turut menugaskan pengurus kes SIP bagi memudahkan setiap pencari kerja mendapatkan pekerjaan.
Menurut Perkeso, ia beransur-ansur merekrut lebih ramai pegawai untuk memproses dengan cepat kes LOE biasa serta permohonan untuk program pengekalan pekerjaan dan insentif pengambilan pekerja di bawah inisiatif PenjanaKerjaya 2.0 pakej rangsangan ekonomi Belanjawan 2021.
"Dengan tuntutan SIP biasa di bawah Akta 800, Perkeso telah memproses 3.143 juta permohonan di bawah semua inisiatif dan memproses 74,795 permohonan bulanan bagi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah Akta 800 pada 2019.
"Pada 2020, pegawai SIP menerima 262,547 permohonan bulanan EMP; 45,684 permohonan program pengekalan pekerjaan (ERP); 1.99 juta permohonan program subsidi upah (PSU) 1.0; 314,586 permohonan bulanan PSU 2.0; 772,674 program insentif pengambilan pekerja; 7,104 permohonan bantuan mobiliti (di bawah PenjanaKerjaya 1.0)," menurut kenyataan itu.
SIP bertindak sebagai jaring keselamatan pekerja yang diberhentikan yang memenuhi keperluan Akta SIP 2017 (Akta 800) yang menyokong pemohon yang layak dengan bantuan kewangan untuk mencegah kemiskinan serta pengurusan kes dan perkhidmatan untuk memudahkan mereka bekerja semula.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021

Selain memproses tuntutan faedah SIP atau bantuan kewangan kerajaan, Perkeso turut menugaskan pengurus kes SIP bagi memudahkan setiap pencari kerja mendapatkan pekerjaan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO
Wartawan sambilan dengan mana-mana organisasi dan syarikat media layak mendapat perlindungan dan manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso
Pelarasan kos sara hidup itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 456,000 penerima faedah Perkeso.

Keluarga dibantu, Allahyarham mencarum PERKESO sebelum meninggal dunia
Berkat kesedaran seorang petani yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial, balu dan anak-anak yang ditinggalkan beliau dapat dibantu PERKESO menerusi SKSPS.

Bajet 2023: Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan tahun depan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu akan bermula dengan sektor pengangkutan awam dan penghantar barangan atau makanan.

Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso
Subahan dilantik menggantikan Dr Mohamed Haniffa yang telah memegang jawatan berkenaan untuk tempoh lebih dua tahun tiga bulan.

Belanjawan 2023: KSM usul dana tambahan bagi perlindungan keselamatan untuk suri rumah
Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengusulkan dana tambahan bagi perlindungan keselamatan golongan suri rumah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Belanjawan 2023.

Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM319.4 juta kepada pencarum yang layak di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.

SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso
Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela.

Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini.