KUALA LUMPUR: Pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala dan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas, dijangka memberi manfaat kepada lebih 456,000 penerima faedah Perkeso.
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kedua-dua inisiatif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) itu memberi manfaat kepada penerima faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan merangkumi faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, pencen ilat dan pencen penakat.
Beliau berkata pelarasan yang dilaksanakan kepada faedah berkala dan pencen yang dibayar kepada penerima faedah Perkeso itu berupaya membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup khususnya dengan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan dalam negara pada masa kini.
"Inisiatif pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala sedia ada dan kenaikan kadar pencen minimum adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Kajian itu mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia, kesan daripada pandemik COVID-19, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kadar inflasi. Kedua-dua langkah itu akan melibatkan perbelanjaan kira-kira RM234 juta," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mengenai pelarasan Kos Sara Hidup untuk faedah berkala Perkeso, Mohammed Azman berkata lebih 400,000 dijangka menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan dengan anggaran perbelanjaan RM213 juta.
Katanya, sehingga kini, pelarasan Kos Sara Hidup bagi bayaran faedah berkala Perkeso telah dibuat sebanyak 12 kali di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan 10 kali di bawah Skim Keilatan sejak 1977.
"Kadar pelarasan Kos Sara Hidup bagi penerima faedah berkala Perkeso yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2023 adalah antara 0.7 peratus hingga 9.4 peratus mengikut tarikh terakru (tahun pencen diterima) dengan peratus pelarasan.
"Bagi tahun pencen terakru sebelum 2015, kadar pelarasannya adalah 9.4 peratus manakala, bagi pencen terakru dalam 2015, kadarnya adalah 8.4 peratus. Selain itu, pencen terakru dalam 2016 (6.2 peratus), 2017 (2.3), 2018 (1.3) dan 2019 (0.7)," menurutnya.
Sementara itu, Mohammed Azman memaklumkan pelaksanaan kenaikan Kadar Pencen Minimum di bawah Skim Keilatan turut ditingkatkan daripada kadar sedia ada iaitu sebanyak RM475 sebulan kepada RM550 sebulan.
Beliau berkata peningkatan Kadar Pencen Minimum itu akan memanfaatkan kira-kira 56,000 penerima faedah dalam membantu mereka menangani peningkatan kos sara hidup melibatkan perbelanjaan sebanyak RM21 juta.
"Adalah menjadi harapan Perkeso agar kedua-dua inisiatif ini akan dapat meringankan beban kewangan, meningkatkan kesejahteraan dan memenuhi keperluan sosioekonomi penerima-penerima faedah Perkeso," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
![Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636211762_TBPerkeso.jpg)
MOHAMMED AZMAN: Inisiatif pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala sedia ada dan kenaikan kadar pencen minimum adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). - Foto Perkeso
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636211762_TBPerkeso.jpg)
Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso
Pelarasan kos sara hidup itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 456,000 penerima faedah Perkeso.