PENDANG: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata bayaran faedah itu termasuk ketegori hilang upaya sementara dan kekal, faedah perubatan dan orang tanggungan, selain faedah pengurusan mayat.
Sehubungan itu, Awang berkata kementeriannya menggalakkan individu yang bekerja sendiri yang menghantar makanan agar mencarum dengan Perkeso supaya kebajikan sosial mereka terjamin menerusi pemberian faedah berkenaan.
"Jadi, tentulah sudut perlindungan dari segi kebajikan perlu kita beri perhatian, sebab dalam apa kerja pun dalam dunia ini ada risiko, jadi risiko inilah kita beri tumpuan," katanya kepada pemberita di Kampung Sukamari di sini hari ini.
Terdahulu, Awang menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada penghantar makanan Hussain Mohamad Danial, 25, yang terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan mengambil pesanan pelanggan pada Jun tahun lepas.
Mengulas lanjut, Awang berkata proses mendapatkan tuntutan tidak mengambil masa lama iaitu antara dua atau tiga bulan sekiranya semua dokumen yang diperlukan telah lengkap.
Selain itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 2.38 juta orang bekerja sendiri (OBS) di seluruh negara akan mencarum dengan Perkeso tahun ini.
Setakat ini, hanya 15.03 peratus atau 358,214 OBS telah mencarum dengan agensi tersebut, katanya.
Dalam pada itu, Awang berkata lebih 12,000 aduan pekerja terhadap majikan direkodkan kementerian menerusi aplikasi 'Working For Workers' (WFW) sejak ia dilancarkan pada Mei tahun lepas.
"Daripada jumlah ini, kementerian telah menyelesaikan lebih 60 peratus kes aduan terbabit, manakala selebihnya sedang disiasat dan diambil tindakan," katanya.
Terkini, menurut Awang, pihaknya turut menerima aduan mangsa banjir dibuang kerja oleh majikan kerana tidak hadir bekerja dengan alasan banjir.
Katanya, siasatan terhadap aduan mangsa banjir itu sedang dijalankan bagi memberi keadilan kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
Datuk Awang Hashim (tengah) menyampaikan bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara kepada Hussain Mohamad Danial (kiri) pada Program Ziarah Perkeso Prihatin di Kampung Sukamari Pendang hari ini. - Foto BERNAMA
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO
Wartawan sambilan dengan mana-mana organisasi dan syarikat media layak mendapat perlindungan dan manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso
Pelarasan kos sara hidup itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 456,000 penerima faedah Perkeso.
Keluarga dibantu, Allahyarham mencarum PERKESO sebelum meninggal dunia
Berkat kesedaran seorang petani yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial, balu dan anak-anak yang ditinggalkan beliau dapat dibantu PERKESO menerusi SKSPS.
Bajet 2023: Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan tahun depan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu akan bermula dengan sektor pengangkutan awam dan penghantar barangan atau makanan.
Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso
Subahan dilantik menggantikan Dr Mohamed Haniffa yang telah memegang jawatan berkenaan untuk tempoh lebih dua tahun tiga bulan.
Belanjawan 2023: KSM usul dana tambahan bagi perlindungan keselamatan untuk suri rumah
Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengusulkan dana tambahan bagi perlindungan keselamatan golongan suri rumah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Belanjawan 2023.
Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM319.4 juta kepada pencarum yang layak di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.
SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso
Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela.
Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini.