KUALA LUMPUR: Wartawan sambilan dengan mana-mana organisasi dan syarikat media layak mendapat perlindungan dan manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, wartawan sambilan yang bekerja di bawah 'Contract for Service' layak mendapat perlindungan tersebut berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Perkerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
Caruman skim tersebut adalah secara sukarela.
"Selain daripada memberi perlindungan kepada wartawan yang bekerja dengan majikan di bawah "Contract of Service" menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), PERKESO juga melindungi mereka yang bekerja sendiri atau yang di bawah "Contract for Service" menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
Pihak PERKESO percaya ramai wartawan sambilan atau "stringer"di negara ini bekerja di bawah "Contract for Service", jadi mereka layak kepada perlindungan di bawah Akta 789.
PERKESO berkata SKSPS memberi perlindungan kepada golongan bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan sendiri (kemalangan ketika berkerja), termasuk penyakit perkhidmatan (hilang keupayaan ketika bekerja) dan kemalangan perjalanan sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.
"Skim ini (SKSPS) menyediakan manfaat seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, dan Faedah Pinjaman Pendidikan," menurutnya.
Bagi memudahkan individu bekerja sendiri mendapat perlindungan SKSPS, PERKESO menyediakan empat Pelan Caruman mengikut pilihan masing-masing dengan caruman serendah RM157.20 setahun atau RM13.10 sebulan.
Menurut kenyataan itu, para wartawan sambilan di bawah Contract for Service turut layak menerima Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Servis selain SPS Padanan Caruman bagi caruman SKSPS di bawah kategori SPS Usahawanita 2.0 khusus untuk wartawan sambilan wanita, dan kategori SPS Servis untuk wartawan sambilan lelaki dan wanita.
"Kerajaan menerusi SPS Padanan Caruman, membiayai 80 peratus daripada bayaran caruman SKSPS bagi Pelan Caruman 2 iaitu RM186.20 manakala individu bekerja sendiri hanya perlu membayar baki 20 peratus atau RM46.60 untuk mencukupkan bayaran Pelan 2 Caruman SKSPS bernilai RM232.80 bagi perlindungan selama 12 bulan," menurutnya.
PERKESO komited melindungi golongan media yang layak kerana pengamal media memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menyebar luas agenda pemerkasaan perlindungan keselamatan sosial di negara ini.
Menurutnya PERKESO menyambut baik cadangan yang diutarakan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam memastikan nasib golongan media termasuk wartawan sambilan terbela.
Semalam, Fahmi ketika menziarahi wartawan sambilan Ng Kan Seng di Kampar, Perak, menyatakan beliau akan mengadakan perbincangan dengan PERKESO dan pihak terlibat berhubung caruman untuk wartawan khususnya stringer atau wartawan sambilan.
Ng yang berusia 68 tahun yang sebelum ini pernah berkhidmat di Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh, China Press dan Sin Chew Daily, kini uzur selain perlu menjaga seorang abang yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
![Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592906651_Journalist.jpg)
Wartawan sambilan dengan mana-mana organisasi dan syarikat media layak mendapat perlindungan dan manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). - Gambar hiasan
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Wartawan sambilan parah kemalangan meninggal dunia Wartawan sambilan parah kemalangan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51537502816_WartawanKosmo.jpg)
Wartawan sambilan parah kemalangan meninggal dunia
Shamsul Bahari Mohamed, 46, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu sekitar jam 4 pagi tadi.