KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan bagi kes rasuah RM2.8 juta membabitkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, memberitahu hakim Mahkamah Tinggi, di sini terkhilaf ketika melepaskan pasangan suami isteri itu daripada tiga pertuduhan berkenaan.
Menerusi petisyen rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu, alasan berkenaan merupakan antara tujuh isu rayuan, dikemukakan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan terbabit.
Berdasarkan dokumen terbabit, pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Katanya, isu ini timbul apabila keputusan terbabit melalui proses semakan undang-undang tanpa merujuk alasan penghakiman penuh dan rekod prosiding daripada Hakim Mahkamah Sesyen.
Berdasarkan alasan kedua itu, beliau berkata, ia mengenai keterangan yang diberikan semasa perbicaraan oleh dua saksi pendakwaan.
Mereka ialah Madhi Abdul Hamid, 45, dan perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, 47, masing-masing selaku saksi pendakwaan (SP) ke-24 dan ke-25.
Menurutnya, mahkamah gagal mempertimbangkan, tiada ketidakadilan berlaku terhadap Bung Moktar, 67, dan Zizie Izette, 47, selaku responden kerana keputusan prima facie bukan dapatan muktamad bagi kesalahan yang dipertuduhkan.
"Yang Arif Hakim telah terkhilaf apabila bertindak untuk menilai kembali keterangan SP24 dan SP25 dalam menjalankan bidang kuasa semakan di bawah Seksyen 325 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
“Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila bergantung sepenuhnya kepada keputusan lisan prima facie di akhir kes pendakwaan tanpa menilai alasan bertulis penuh.
“Tiada dinyatakan dalam keputusan lisan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa keputusan prima facie yang dibuat hanya bergantung semata-mata kepada keterangan lisan SP24 dan SP25,” katanya dalam petisyen itu.
Pendakwaan berkata, ia termasuk kegagalan untuk mempertimbangkan kebolehterimaan keterangan separa hostile oleh dua saksi utama terbabit.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai depan untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya daripada tiga kes itu.
Pada 7 September 2023, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan mereka selepas membenarkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan untuk membela diri sementara pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 September tahun sama.
Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.
Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala isterinya didakwa bersubahat dengan beliau melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 08 2024

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai depan untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya daripada tiga kes itu. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.

Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.