KUALA LUMPUR: Kes saman difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara akan didengar oleh hakim yang baharu.
Seorang peguam dari Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership ketika dihubungi pemberita mengesahkan bahawa pada pengurusan kes hari ini secara dalam talian, Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
"Kes itu akan dipindahkan ke mahkamah lain dan tarikh pengurusan kes selanjutnya akan ditetapkan kelak," katanya.
Difahamkan Roz Mawar sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan dan Penguatkuasaan Sivil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu antara agensi yang terlibat dalam siasatan 1MDB.
Pada 7 Mei tahun lepas, 1MDB selaku plaintif memfailkan saman bernilai AS$1.83 bilion terhadap ketujuh-tujuh defendan, antaranya atas dakwaan melanggar kontrak, cuai dan melakukan konspirasi jenayah bagi penyelewengan dana 1MDB.
Dalam saman itu, 1MDB menamakan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd; syarikat perbankan Coutts & Co Ltd dan J.P. Morgan (Switzerland) Ltd; dua syarikat yang diperbadankan di Arab Saudi iaitu Petrosaudi International Limited dan Petrosaudi Holdings (Cayman) Limited, serta dua individu masing-masing warga Arab Saudi, Tarek Obaid dan warga Britain Patrick Mahony.
Plaintif mendakwa kesemua defendan antara lain berkonspirasi untuk menipu, membantu secara tidak jujur dan menyebabkan kerugian dan kerosakan terhadap 1MDB, serta menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat berkenaan.
Semalam, Roz Mawar menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menuntut mereka membayar US$6.59 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Kes saman difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara akan didengar oleh hakim yang baharu. - Gambar hiasan
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.
Kes saman ibu model Belanda Ivana: Kerajaan cadang penyelesaian mediasi
Kerajaan Malaysia mencadangkan penyelesaian secara mediasi dalam saman yang difailkan ibu kepada model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, KDN dan kerajaan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.
Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik
Kes saman difailkan seorang penulis skrip drama terhadap pelakon Amelia Henderson akan diteruskan dengan perbicaraan.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.