KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggalakkan lebih ramai lagi penerbit menghasilkan filem berkaitan sejarah Sabah dan pembentukan Malaysia.
Menurut beliau, penerbitan filem sejarah seperti Silence of The 177 yang mengisahkan kelangsungan dan pengorbanan dalam peristiwa pemberontakan Jesselton dapat memberi pendedahan kepada anak-anak muda tentang apa yang berlaku pada tahun 1943 itu.
Hajiji berkata, penerbitan filem berkaitan sejarah Sabah, pembentukan Malaysia dan kenegaraan dapat mengangkat dan memartabatkan sejarah negeri serta negara.
"Filem sedemikian juga dapat memupuk rasa cinta terhadap tanah air dan semangat nasionalisme dalam kalangan penonton terutamanya generasi muda.
"Kita mahu generasi muda faham dan tahu sejarah negeri dan negara," kata beliau yang ditemui sewaktu pra-pelancaran promosi filem Silence of The 177 arahan sutradara filem, Marcellus Abas (Marc Abas).
Pada masa yang sama, Hajiji turut meluangkan masa menghadiri majlis Santai Belia Bersama Ketua Menteri Menyaksikan Tayangan Filem Mat Kilau anjuran Majlis Belia Sabah dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri di Golden Screen Cinemas (GSC), Suria Sabah, di sini, malam tadi.
Turut hadir bersama Hajiji, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim; Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.
Astro Awani
Thu Jul 14 2022
![Hajiji galak penerbit tempatan keluarkan filem sejarah Sabah Hajiji galak penerbit tempatan keluarkan filem sejarah Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657808824_TBHAJIJIFILEM.jpg)
Hajiji (dua dari kiri) sewaktu majlis pra-pelancaran promosi filem Silence of The 177 di Kota Kinabalu. - Astro AWANI
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Banyakkan filem patriotik, sejarah, kukuhkan semangat kenegaraan - Agong Banyakkan filem patriotik, sejarah, kukuhkan semangat kenegaraan - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656570954_Agong.jpg)
Banyakkan filem patriotik, sejarah, kukuhkan semangat kenegaraan - Agong
Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa fenomena filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan boleh menjadi contoh.
![Beri tumpuan kepada kisah sejarah, pastikan industri filem berkembang - Wan Junaidi Beri tumpuan kepada kisah sejarah, pastikan industri filem berkembang - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658054043_DatoSriDrHajiWan.jpg)
Beri tumpuan kepada kisah sejarah, pastikan industri filem berkembang - Wan Junaidi
Usaha itu dapat membantu meningkatkan nilai dan kepelbagaian dalam seni, pelakon serta aktiviti lain yang berkaitan.
![Hajiji galak penerbit tempatan keluarkan filem sejarah Sabah Hajiji galak penerbit tempatan keluarkan filem sejarah Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657808824_TBHAJIJIFILEM.jpg)
Hajiji galak penerbit tempatan keluarkan filem sejarah Sabah
Penerbitan filem berkaitan sejarah Sabah, pembentukan Malaysia dan kenegaraan dapat mengangkat dan memartabatkan sejarah negeri serta negara.