MEKAH: Seiring kempen 'Kebersihan Mencerminkan Kemakburan Haji', jemaah Malaysia bukan sahaja diingatkan tentang kepentingan bergotong-royong, tetapi juga keperluan menjaga nama baik negara.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata ibadah bukan sahaja berkaitan diri sendiri tetapi juga penjagaan persekitaran.
Katanya kempen sama pernah diadakan bermula 2017, dalam operasi di Arafah, Mudzlifah dan Mina sehingga mendapat pujian Menteri Haji Arab Saudi dan selepas itu diteruskan di peringkat kawasan penginapan.
Melalui kempen kebersihan ini, setiap Rabu di maktab (penginapan) akan diadakan program gotong-royong bermula dengan membersihkan bilik masing-masing, surau, lobi dan lorong laluan ke bilik.
"Kita dapat lihat semua jemaah memberi kerjasama yang baik dan bersemangat untuk bergotong-royong di kawasan yang mereka duduki.
Program ini akan memupuk gotong-royong dan kerjasama sesama jemaah haji dalam menjaga kesejahteraan, keharmonian dan keakraban di kalangan mereka " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kebersihan melibatkan jemaah dan petugas di Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat serta penginapan jemaah.
Syed Saleh berkata jemaah haji Malaysia perlu mengekalkan budaya kebersihan seperti yang diamalkan jemaah sebelum ini bagi menjaga imej Malaysia di mata dunia dan menjadi contoh kepada jemaah negara lain.
Musim haji tahun ini menyaksikan 14,306 jemaah Malaysia akan mengerjakan rukun Islam kelima itu yang tinggal di lima penginapan di sini dengan dibantu 320 petugas TH.
Sementara itu malam tadi 300 petugas TH menyertai majlis bacaan yassin dan solat hajat bagi mendoakan kelancaran operasi masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Ketika itu petugas akan berdepan dengan pelbagai senario bagi menyantuni Tetamu Allah di samping keperluan mengerjakan ibadah haji.
Hari Wukuf dijangka bermula kira-kira 10 hari lagi dan segala persiapan rapi sedang diatur termasuk penginapan di khemah serta pergerakan jemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Seiring kempen 'Kebersihan Mencerminkan Kemakburan Haji', jemaah Malaysia bukan sahaja diingatkan tentang kepentingan bergotong-royong, tetapi juga keperluan menjaga nama baik negara. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.

Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."