HULU SELANGOR : Pelakon, Hafidz Roshdi yang berdepan pertuduhan menumbuk isterinya sempat menyapa petugas media ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin.
Hafidz, 29, yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi memberikan salam kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo sebelum memasuki bangunan mahkamah.
Beliau yang berbaju kemeja berwarna hijau dan jaket kelabu serta berseluar hitam hadir diiringi pasukan peguamnya yang diketuai, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Media pada Jumaat lalu melaporkan pelakon itu akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon tersebut akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, pada 2 Mac lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata dan muka.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang terhadap isterinya.
Rentetan itu pelakon itu turut menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Mar 13 2023

Hafidz Roshdi (tiga dari kanan) tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin. - Gambar SINAR HARIAN

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.

Cedera bekas isteri: AGC tolak representasi pelakon Hafidz Roshdi
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Jan depan untuk perbicaraan dan mengarahkan pengadu iaitu Nurul Shuhada, 30, hadir pada prosiding berkenaan.

Pendakwaan mahu teruskan kes Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri
Pihak pendakwaan berhasrat untuk meneruskan kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukhri.

Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi, mahkamah tetap tarikh akhir kes
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya memberitahu pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz Roshdi gembira Nurul Shuhada tarik balik kes pukul
Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan.

Hafidz Roshdi pasrah terus dicemuh
Aktor Hafidz Roshdi bersikap terbuka sekiranya terus menjadi sasaran cemuhan atau kebencian masyarakat selepas ini.

“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz mohon masyarakat tidak mudah menghukum orang lain hanya dengan satu kesilapan dilakukan mereka.

'Allah tunjukkan saya tak berbohong' - Nurul Shuhada doakan kebahagiaan bekas suami
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.

Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhiri teka-teki, selamat diijab kabul
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di akaun Instagram.

Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.