Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.
Wanita berusia 29 tahun dan bekerja sebagai guru tabika manakala adik iparnya, 25, yang tidak bekerja turut berdepan hukuman seminggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan.
Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Mengikut fakta kes, serbuan berwaran dilakukan di sebuah rumah di Pulau Musang, di sini, lebih kurang jam 10.45 malam, pada 26 Jun lalu.
Pintu utama yang tertutup rapat diketuk selama dua minit sebelum dibuka seorang wanita.
Pemeriksaan di dalam rumah mendapati terdapat seorang kanak-kanak sedang tidur di ruang tamu dan seorang lagi sedang tidur di dalam buaian.
Hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati ada seorang lelaki berada di dapur yang hanya memakai kain pelikat tanpa baju.
Soal siasat mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram, manakala kedua-dua kanak-kanak itu merupakan anak kepada wanita tersebut.
Wanita itu turut membuat pengakuan mengambil kesempatan bermadu kasih dengan adik ipar di rumah kerana suaminya berkursus.
Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar.
Sinar Harian
Wed Oct 10 2018

Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355

Wanita dan adik ipar direman bantu siasatan salah guna kuasa
Seorang kakitangan awam dan adik iparnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa bagi mendapatkan beberapa perolehan pembekalan.

Imam mengaku tidak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii terhadap adik ipar
Tertuduh didakwa melakukan aktiviti itu terhadap adik iparnya yang kini berusia 14 tahun sejak lima tahun lalu.

Warga emas ditahan disyaki bunuh abang, kakak ipar
Suspek berusia 61 tahun itu diberkas di Genting Highlands, Pahang, pada jam 7.45 malam Khamis.

Penjual ayam mengaku tidak salah laku sumbang mahram
Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan hubungan seks bersama adik ipar yang berusia 15 tahun tujuh bulan.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kematian adik ipar
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga adik ipar suspek, di sekitar sini, petang semalam.

Guru tabika khalwat dengan adik ipar sendiri didenda
Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.

Lelaki dihukum sebat, penjara 13 tahun rogol adik ipar bawah umur
Seorang penjual dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini kerana merogol adik iparnya yang berusia 13 tahun.

Elak rahsia 'kahwin' dua terbongkar, lelaki ditikam bakal 'adik ipar'
Mangsa ke pejabat agama untuk menyemak status perkahwinan bakal adik ipar yang dikatakan sudah berkahwin.