MUALLIM: Seorang wanita yang bekerja sebagai guru di sini mengalami kerugian lebih RM200,000 setelah diperdaya oleh sindiket penghantaran barang tidak wujud sejak Ogos lalu.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, mangsa berusia 52 tahun itu, hanya sedar dirinya menjadi mangsa penipuan pada Isnin, semalam.
Katanya, hasil siasatan mendapati pada 30 Ogos lalu, jam 9 pagi, semasa berada di rumah, mangsa menerima panggilan telefon kononnya dari Pejabat Pos Laju Melaka yang memperkenalkan diri sebagai petugas di pejabat tersebut.
"Suspek pertama telah membacakan nama dan alamat mangsa dengan betul dan memaklumkan dia ada membuat penghantaran bungkusan yang tidak berjaya dihantar kepada penerima.
"Di dalam bungkusan tersebut mengandungi bahan yang salah dan terlarang. Mangsa menafikan bungkusan tersebut adalah miliknya.
"Seterusnya, kononnya pihak Pos Laju mengarahkannya membuat laporan polis dengan segera kerana ada individu lain telah menggunakan maklumat peribadinya.
"Panggilan tersebut kemudian kononnya disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
"Mangsa telah bercakap dengan 'Tuan Ammar' (suspek kedua) dan 'Datuk Samsul Anwar’ (suspek ketiga) dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setelah itu katanya, mangsa dimaklumkan oleh suspek ketiga bahawa satu kad ATM CIMB bank atas namanya ditemui hasil serbuan polis ke atas penjenayah bernama ‘Ong Kai Chin’ dan satu waran tangkap telah dikeluarkan atas nama mangsa.
"Mangsa telah dituduh menjual kad bank tersebut dengan nilai RM20,000 dan menerima komisen sebanyak RM28,000.
"Pada 1 September lalu, jam 11 pagi, mangsa terima panggilan dari suspek ketiga bertanyakan mengenai jumlah akaun bank yang dimiliki dan dia telah memberikan maklumat tersebut kepadanya.
"Suspek ketiga meminta mangsa memindahkan wang dari Tabung Haji ke Bank Islam milik mangsa sebanyak RM49,000 dan pada 4 September pula, wang dari ASB ke Bank Islam RM27,300 bagi memudahkan siasatan pihak polis.
"Pada 10 September jam 11 pagi, mangsa diminta pula membuat pinjaman peribadi di Bank Islam," katanya.
Jelasnya, mangsa kemudiannya membuat pinjaman peribadi RM150,000 dan wang itu dimasukkan ke akaun Bank Islam miliknya.
"Pada 25 september lalu, jam 12.30 tengah hari, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari suspek ketiga memintanya memindahkan wang dari Bank Islam ke akaun Maybank sebanyak RM10,000.
"Ia bagi bayaran guaman perbicaraan yang akan diadakan pada November nanti," katanya lagi.
Mohd Yusri berkata, pada Isnin 30 Oktober, mangsa ke Bank Islam cawangan Tanjung Malim untuk membuat semakan dan mendapati kesemua wang berjumlah RM236,300 lenyap.
Selain itu katanya, terdapat beberapa transaksi pindahan wang ke akaun bank yang bukan dilakukan olehnya.
"Selepas itu, mangsa menyedari bahawa dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Aida Aziz
Tue Oct 31 2023

Pada Isnin 30 Oktober, mangsa ke Bank Islam cawangan Tanjung Malim untuk membuat semakan dan mendapati kesemua wang berjumlah RM236,300 lenyap. - Gambar hiasan

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Iklan raya 'Papa Pipi Pindah' raih 13 juta tontonan dalam 24 jam
Iklan raya terbaharu daripada studio animasi tempatan MONSTA bertajuk 'Papa Pipi Pindah' berjaya meraih 13 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas dimuat naik di laman media sosial.

Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak
Yahaya

Guru sekolah menengah, keluarga rugi RM95,000 terperdaya pakej umrah
Che Roni adalah antara 123 mangsa yang membuat laporan polis berhubung penipuan pakej umrah berkenaan dengan jumlah kerugian RM1.3 juta.

Guru sekolah rugi RM236,300, diperdaya sindiket penghantaran, 'phone scam'
Mohd Yusri berkata, mangsa berusia 52 tahun itu hanya sedar dirinya menjadi mangsa penipuan semalam, setelah diperdaya sejak Ogos lalu.

Guru sekolah menang Tilawah Al-Quran Negeri Sabah
Ia kemenangan kedua untuknya, selepas memenangi kategori yang sama pada tahun lalu sejak menyertai pertandingan itu pada 2015.

KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan di LPT2
KPM menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam kemalangan di LPT2, petang semalam.

Rezeki Lebaran, guru jana pendapatan sampingan
Walaupun turut menghidap kanser tahap dua, bagi Nor Liyana Abdullah, ia bukan halangan untuk meneruskan minatnya.

Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR
Kementerian Pelajaran masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan diambil.

'Sudah bincang, respons agak positif' - Mohd Amar harap guru YIK sedia ambil vaksin
Hasil pertemuan itu mendapat respons baik serta mengharapkan guru terbabit bersedia menerima suntikan vaksin.

2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi
Tindakan itu bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat untuk kumpulan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.