KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta kerajaan negeri sudah berbincang dengan segelintir guru Sekolah Arab yang enggan menerima suntikan vaksinasi.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berharap guru terbabit bersedia menerima suntikan vaksin setelah hasil pertemuan itu mendapat respons yang baik.
"Telah dipanggil dan sudah bincang, respons agak positif sikit... kita harap boleh selesai.
"Pada asasnya mereka faham kenapa perlu vaksinasi dan kita minta dengan baik supaya mereka boleh beri kerjasama sebab dia pun kena datang sendiri ke pusat vaksin," kata Mohd Amar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan isu membabitkan sekitar 20 ke 30 guru agama dan sekolah Arab yang enggan disuntik vaksin seperti dilaporkan Astro AWANI sebelum ini.
Golongan guru berkenaan dipercayai termakan dakyah negatif berhubung suntikan vaksin sehingga enggan disuntik dan tidak mendaftarkan nama sebagai penerima suntikan.
Lebih 2,000 guru di bawah kelolaan YIK mengajar di sekolah agama kerajaan negeri dan sekolah Arab bantuan kerajaan negeri seluruh Kelantan.
Mohd Amar berkata, bagi kalangan pelajar sekolah agama dan Arab di bawah YIK pula, mereka juga disaran mengambil suntikan seperti pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Walaupun YIK tidak mewajibkan suntikan ke atas pelajar, namun vaksinasi merupakan satu langkah perlindungan buat pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan.
Muhafandi Muhamad
Fri Sep 24 2021

MOHD AMAR: Pada asasnya mereka faham kenapa perlu vaksinasi dan kita minta dengan baik supaya mereka boleh beri kerjasama. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.
![[TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan [TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693879509_MohdAmar.jpg)
[TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan
Pengisytiharan itu dibuat Mohd Amar mengikut Perkara 31 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menerusi satu sidang media di pejabatnya hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.

Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
Mohd Amar akui hubungan kedua-dua parti masih seperti biasa dan apa yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.

PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.

DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.

Pas-PN yakin mentadbir negara selepas PRU16
Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berdasar realiti perkembangan politik ketika ini.

45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini
45 Ahli Adun Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 hari ini.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.