KANGAR: Seramai 23 guru yang enggan menerima vaksin di negeri Perlis hanya akan dibenarkan mengajar secara dalam talian dalam sesi persekolahan atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata, daripada jumlah 26 orang bulan lalu, tiga daripadanya telah bersetuju menerima vaksin pada minggu lalu.
Beliau berkata, pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
Justeru, beliau menyeru kepada guru-guru yang masih enggan mengambil vaksin agar memikirkan kepentingan pendidikan murid-murid dan pelajar mereka.
“Kementerian masih lagi memberi peluang kepada mereka untuk mengubah fikiran, ada guru-guru yang pada mulanya enggan (divaksin) tapi sudahpun menerima nasihat dan kalau boleh kita nak elakkan daripada tindakan-tindakan yang akan diambil (terhadap guru-guru yang enggan divaksin).
“(Justeru) saya menyeru (kepada) guru-guru yang masih enggan untuk mendapatkan vaksin demi kepentingan pendidikan murid-murid khususnya untuk negeri Perlis untuk menerima vaksin supaya kita dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah,” katanya kepada wartawan selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sin Min di Pauh di sini, hari ini.
Sementara itu, Rozieana berpuas hati dengan kehadiran 50 peratus daripada keseluruhan 8,296 murid dan pelajar pada sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.
Katanya, kebanyakan ibu bapa masih lagi mengambil langkah tunggu dan lihat, namun beliau percaya kehadiran penuh mampu dicapai tidak lama lagi.
Selain itu, jelasnya, pihak sekolah masih lagi memberi kelonggaran kepada ibu bapa dan pelajar daripada segi kehadiran buat masa ini.
Jumlah keseluruhan pelajar dan murid yang memulakan sesi pembelajaran bersemuka di Perlis adalah 8,296 iaitu pelajar prasekolah sebanyak 2,654, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (3,570), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (1,078) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (39) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI) (956).
Mengulas mengenai proses vaksinasi pelajar sekolah, beliau memberitahu, semua pelajar daripada tingkatan satu hingga lima telah mengikut janji temu yang telah ditempah oleh Jabatan Pendidikan negeri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.
Tambahnya, proses pemberian vaksin untuk murid darjah enam juga akan dimulakan minggu ini.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 04 2021
![Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633337024_TBVAKSINjpg.jpg)
Guru-guru yang masih enggan mengambil vaksin dinasihatkan agar memikirkan kepentingan pendidikan murid-murid dan pelajar mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri Perlis, Rozieana Ahmad. - Gambar Astro AWANI
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
![Bermula hari ini, sekolah diarah periksa sijil digital vaksinasi guru - Radzi Bermula hari ini, sekolah diarah periksa sijil digital vaksinasi guru - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631581598_RadziPendidikan.jpg)
Bermula hari ini, sekolah diarah periksa sijil digital vaksinasi guru - Radzi
Ia bagi mengelak kumpulan guru yang masih enggan divaksinasi melakukan penipuan.
![Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633337024_TBVAKSINjpg.jpg)
Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR
Kementerian Pelajaran masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan diambil.
![Tidak dibenar mengajar, dipindah ke negeri lain tindakan buat guru enggan divaksin - Radzi Jidin Tidak dibenar mengajar, dipindah ke negeri lain tindakan buat guru enggan divaksin - Radzi Jidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633247377_TBRADZIJIDINjpg.jpg)
Tidak dibenar mengajar, dipindah ke negeri lain tindakan buat guru enggan divaksin - Radzi Jidin
Sehingga kini masih terdapat sekitar 2,000 guru yang enggan divaksin di seluruh negara.