AYER MOLEK: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah menjalankan pemeriksaan ke atas sijil digital vaksinasi setiap guru bagi memastikan tenaga pengajar lengkap vaksinasi.
Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia bagi mengelakkan kumpulan guru yang masih enggan divaksinasi melakukan penipuan.
“Mulai hari ini, pihak sekolah akan memeriksa sijil digital vaksinasi bagi memastikan hanya guru-guru yang sudah menerima vaksin lengkap datang mengajar.
“Kita tidak mahu ada kes tertentu yang mana ada (guru) kata sudah divaksinasi tetapi sebenarnya tidak.
"Jadi setiap guru akan disemak sijil vaksinasi mereka oleh pihak sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata langkah itu sejajar dengan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan mengambil tindakan tatatertib ke atas semua penjawat awam yang enggan divaksinasi bermula hari ini.
Melalui semakan dan pemeriksaan pihak sekolah itu, jelasnya, pihak kementerian akan memperoleh data tepat terhadap maklumat guru yang enggan menerima vaksin.
Sebarang bentuk tindakan yang akan diambil selepas itu, katanya, adalah berdasarkan data berkenaan dan sejak pekeliling JPA dikeluarkan, bilangan guru yang enggan divaksinasi menunjukkan pengurangan.
Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPA), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melakukan pemeriksaan mengejut ke setiap sekolah untuk memastikan sistem pengudaraan di bilik darjah dan guru mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kita memang minta pihak JPN dan PPD supaya turun ke sekolah, jangan maklum pada pihak sekolah yang mana mereka perlu turun pada bila-bila masa sahaja.
“Ia untuk pastikan bahawa segala tatacara yang telah ditetapkan dalam garis panduan yang kita sediakan itu dapat dipatuhi dengan baik, khususnya berkaitan dengan pengudaraan,” tambahnya.
Jelas beliau, sistem pengudaraan di bilik darjah adalah komponen penting dan ia perlu digunakan di sekolah pada tahap optimum.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Nov 01 2021
MOHD RADZI: Mulai hari ini, pihak sekolah akan memeriksa sijil digital vaksinasi bagi memastikan hanya guru-guru yang sudah menerima vaksin lengkap datang mengajar. -Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bermula hari ini, sekolah diarah periksa sijil digital vaksinasi guru - Radzi
Ia bagi mengelak kumpulan guru yang masih enggan divaksinasi melakukan penipuan.
Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR
Kementerian Pelajaran masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan diambil.
Tidak dibenar mengajar, dipindah ke negeri lain tindakan buat guru enggan divaksin - Radzi Jidin
Sehingga kini masih terdapat sekitar 2,000 guru yang enggan divaksin di seluruh negara.