Guru yang menjadi mangsa buli pelajar diminta tampil membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan diri dan mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tidak dinafikan terdapat guru yang menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah walaupun jumlahnya tidak serius.
Katanya, kes guru turut menjadi mangsa buli jarang didengar kerana kebanyakan mereka takut untuk melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang akan keselamatan diri apabila berada di luar sekolah.
"Ada guru yang tidak mahu buat laporan kerana tidak mahu memanjangkan cerita selain turut bimbang dengan keselamatan diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gangsterisme.
"Guru perlu buat laporan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pembuli dan Kementerian Pendidikan Malaysia sama sekali tidak akan menghalang sekiranya mereka ingin membuat laporan polis," katanya kepada media selepas melawat Kolej Vokasional Alor Setar di sini, hari ini.
Mahdzir berkata guru yang menjadi mangsa buli tidak perlu bersembunyi atau bimbang dengan reputasi sekolah sekiranya hendak membuat laporan polis kerana kementerian berpendirian tegas dalam menangani masalah itu selain mementingkan keselamatan guru terbabit.
Semalam, Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah, sekali gus menyumbang kepada peningkatan budaya gangsterisme di negara ini.
Presiden CAP, S.M Mohamad Idris berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme atau buli ke mana-mana pusat pemulihan.
"Saya ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti gangsterisme atau buli dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah," katanya.
Astro Awani
Mon Jul 03 2017

Mahdzir (tengah) diiringi Pengarah Kolej Vokasional Alor Setar Majmin Md Noor (empat, kiri) ketika mengadakan lawatan kerja di Kolej Vokasional Alor Setar hari ini. --fotoBERNAMA

Bayi umur sebulan diselamatkan dari runtuhan Gaza
Sejak subuh bayi itu menangis dan sesekali terdiam sehingga pasukan penyelamat berjaya mengeluarkannya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Sekolah bertingkat diperkenal bantu masalah kepadatan
- KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Sekolah bertingkat diperkenal bantu masalah kepadatan
- KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
#AWANIpagi #AWANInews

Dua beranak maut motosikal dirempuh pacuan empat roda
Penunggang motosikal Honda EX5 Mohd Nazri Mohd Nor dan anaknya Muhammad Hamas meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.30 malam.

Hamas dakwa lancar roket ke Tel Aviv
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap "pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam".

Harimau Malaya masih di bawah jagaan FAM - Noor Azman
Sebaliknya, skuad negara yang kini sedang melalui proses revolusi, masih berada di bawah bidang kuasa FAM selain mendapat bantuan Tunku Mahkota.

Pusingan baharu rundingan Rusia-AS akan berlangsung di Riyadh pada 24 Mac
Yury Ushakov mengumumkan bahawa pusingan baharu rundingan antara Rusia dan AS akan diadakan pada 24 Mac di Riyadh, Arab Saudi.

Alvin Tan peroleh suaka dari AS
Alvin berkata, kelulusan itu diperoleh selepas beberapa bulan berada dalam tahanan imigresen di negara berkenaan.

Israel menggila, ragut 91 lagi nyawa rakyat Palestin
Tindakan ini secara efektif menamatkan gencatan senjata yang telah berlangsung selama dua bulan.

Hamidin bakal kembali ke FAM selaku Presiden Kehormat?
Hamidin dilihat sebagai individu paling layak dipilih selaku Presiden Kehormat Seumur Hidup FAM.
Kesalahan Trafik: Pemandu lori ditahan memandu lawan arus
Seorang pemandu lori ditahan selepas dikesan memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence, Kajang dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.

Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.

Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.

Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.