KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemain industri berkenaan perlu bersifat terbuka, melihat kaedah moden yang terkini untuk diaplikasikan dalam proses kerja projek pembinaan mereka.
"Jadi gunakan Revolusi Industri 4.0 ini seperti AI yang lebih canggih...untuk segala kebaikan dari segi kualiti, kos, masa, reka bentuk, ketepatan, isipadu dan sebagainya.
"Segala teknologi ini sepatutnya beri kebaikan kepada manusia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan 12 Projek Siap oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata antara teknologi AI boleh diadaptasikan ialah penggunaan aplikasi metaverse untuk pemantauan proses kerja di tapak projek yang sedang dijalankan, bagi memastikan ia berjalan lancar sekali gus disiapkan mengikut jadual.
"Kemudian aplikasi atau kaedah 3D, digunakan dengan melihat bangunan dibuat secara maya walaupun ia masih dalam peringkat perancangan," katanya dan menambah aplikasi metaverse telah diguna pakai oleh JKR dalam pelaksanaan setiap projek seluruh negara.
Sementara itu, Ahmad mengesyorkan supaya Kementerian Kerja Raya (KKR) dan semua agensi di bawah KKR, memperbanyak inovasi baharu dari segi kualiti serta kecepatan pembinaan bangunan, jalan, jambatan dan cerun.
"Kecepatan dan kualiti perlu bergerak serentak...apa saya inginkan ialah standard itu perlu diperbaharui dengan kualiti lebih tinggi dan dengan kepantasan lebih cepat.
"Nampak sukar, tetapi tiada yang sukar apabila kita boleh gunakan sistem baharu seperti prefab modular method...sekarang ini ada juga teknologi AI yang boleh diguna pakai untuk pembinaan bangunan, jalan, jambatan dan cerun," katanya.
Mengenai Majlis Penyerahan 12 Projek Siap oleh JKR Kuala Lumpur, Ahmad berkata semua projek berkait kemudahan infrastruktur termasuk menaik taraf bangunan sedia ada di ibu kota telah disiapkan, dengan nilai kos keseluruhan berjumlah RM57.48 juta.
Antara projek disiapkan JKR Kuala Lumpur ialah menaik taraf Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil dengan nilai kos RM23.9 juta, manakala projek ubah suai dalam bangunan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan dengan nilai kos RM6.79 juta, siap awal daripada jadual.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Ahmad berkata pemain industri berkenaan perlu bersifat terbuka, melihat kaedah moden yang terkini untuk diaplikasikan dalam proses kerja projek pembinaan mereka. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

xAI milik Elon Musk perkenal model Grok 3 saingi ChatGPT, Gemini
xAI milik Elon Musk telah memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Grok 3, yang didakwa lebih baik berbanding ChatGPT keluaran OpenAI.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korea Selatan gantung muat turun aplikasi DeepSeek atas kebimbangan privasi
Kerajaan Korea Selatanmenggantung sementara muat turun aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China berikutan kebimbangan mengenai privasi.

Elon Musk umum pelancaran Grok-3 pada 18 Februari
Elon Musk turut mengatakan Grok-3 akan menjadi model kecerdasan buatan paling pintar di pasaran jikalau dibandingkan dengan pelbagai penyedia lain.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Meta dilapor merancang pembangunan robot
Terkini, Meta dilaporkan sedang merancang untuk memasuki kategori baharu, iaitu pembangunan robot berbentuk manusia.

SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.