KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menyediakan dasar dan undang-undang berkaitan aspek keselamatan data dan siber yang lebih baik sebagai langkah menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Sehubungan itu, beliau berkata usaha seperti melakukan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan meneliti Rang Undang-Undang Omnibus sedang dilaksana untuk menjadikan dasar digital negara lebih komprehensif.
Beliau berkata langkah itu kerana Malaysia kini menjadi lokasi pilihan pelabur asing dalam sektor digital, malah kedudukan Malaysia di tangga ke-27 dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2023 membuktikan negara menjadi perhatian syarikat asing dan pemain industri untuk melabur.
"Ramai pelabur melihat Malaysia sebagai destinasi yang selamat dan mereka yakin dengan dasar negara... ini memungkinkan kita menjadi hab digital serantau di rantau Asia.
"Malaysia boleh menjadi gerbang digital kepada rantau ini... kalau sektor pelancongan kita ada slogan Malaysia Truly Asia, untuk sektor ini kita boleh ketengahkan slogan seperti Digital Malaysia: Malaysia Through To Asia... iaitu negara sebagai gerbang digital kepada Asia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Digital Malaysia 2023 di sini hari ini.
Selain itu, Fahmi berkata Malaysia juga perlu bekerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.
Katanya langkah itu akan melengkapkan ekosistem ekonomi digital negara dan rantau ini, sekali gus memungkinkan berlakunya dekad emas digital bagi negara dan Malaysia mungkin boleh menjadi ‘Harimau Digital Asia’.
Terdahulu, beliau merasmikan program yang akan berlangsung selama dua hari sehingga esok, menghimpunkan syarikat dan pemain industri digital tempatan bagi meneroka hala tuju sektor berkenaan mendepani cabaran dan keperluan global.
Turut hadir pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz dan Presiden Malaysia Digital Association (MDA) Eileen Ooi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

FAHMI: Ramai pelabur melihat Malaysia sebagai destinasi yang selamat dan mereka yakin dengan dasar negara... ini memungkinkan kita menjadi hab digital serantau di rantau Asia. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.