Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta agar tidak mempolitikkan isu penangkapan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selepas perarakan Hari Merdeka di Pulau Pinang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menahan 154 anggota PPS dilihat sebagai langkah terbaik menyahut cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam isu berkenaan.
"Ianya akan dapat dijadikan pengajaran agar jangan sesekali mempolitikkan soal keselamatan. Ia bukan permainan yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.
"Saya lihat fungsi dan tugas PPS ini hanyalah untuk mengawal dan menjaga keselamatan Guan Eng sahaja," katanya ketika menghubungi Astro AWANI.
Irmohizam mengulas isu penahanan ahli PPS yang tampil lengkap dengan jaket keselamatan dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri Pulau Pinang.
Irmohizam berkata, PPS juga merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Dalam pada itu, beliau mengkritik sesetengah pihak yang menyamakan PPS dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang ditubuhkan melalui Peruntukan Undang Undang.
"JKKKP bukanlah sebuah badan beruniform dan terlibat dalam kawalan keselamatan. Maka membandingkan penubuhan PPS dan JKKKP adalah satu perbandingan yang tidak masuk akal, tidak logik dan dibuat untuk menutup kesilapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menubuhkan serta menyalurkan geran kepada sebuah pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh ROS," tegasnya.
Tambahnya, penubuhan PPS oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga dilihat sebagai 'drama' untuk menjaga kebajikan dan keselamatan masyarakat setempat.
"Hakikatnya, PPS ini juga telah disalurkan wang rakyat sebanyak RM1 juta setahun dan diagihkan mengikut ADUN. Peruntukan ini, selain menyediakan peralatan tambahan, juga untuk menjaga kebajikan ahli PPS itu sendiri.
"Maka, ini gambaran jelas bahawa PPS merupakan satu badan bertopengkan kerja sukarelawan, tetapi pada hakikatnya mendapat imbuhan daripada wang pembayar cukai di negeri ini," ujarnya.
Pada Isnin, sebuah akhbar melaporkan Guan Eng mencabar Khalid untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan PPS.
Guan Eng dalam nada angkuh turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa akan menahannya seperti mana berlaku kepada Pengerusi PPS, Phee Boon Poh.
Astro Awani
Mon Sep 01 2014
IRMOHIZAM: Jangan libatkan politik dalam soal keselamatan
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Isu sijil halal: 'DAP akan terus berdiri bersama Teresa Kok' - Guan Eng
Lim Guan Eng, menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal, tidak menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.
Kes Guan Eng: BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat sedia dokumen RFP - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk
Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pakatan Harapan belum putuskan anggota jawatankuasa penaja - Guan Eng
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
'PKR tolak PRN Pulau Pinang kerana rakyat cemuh DAP' - Syed Ali
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak yakin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang jika diadakan secara mengejut seperti yang dicadangkan DAP.
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming hina Aidilfitri, mahu alih isu Guan Eng' - Armand
Tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat cubaan mengalih pandangan rakyat dalam isu rasuah Lim Guan Eng.
Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.
#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.