Syarikat e-panggilan, Grab telah memperkenalkan projek perintis perkhidmatan motosikal atas permintaan, GrabBike di Lembah Klang.
Berikutan kejayaan di Indonesia, Vietnam dan Thailand, Grab telah menerapkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman serantau untuk membangunkan rangka kerja bagi menyediakan amalan terbaik dalam meningkatkan standard keselamatan untuk perkhidmatan motosikal atas permintaan di Malaysia.
Projek perintis GrabBike ini merupakan sebahagian daripada program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Perkhidmatan perintisan GrabBike sudah dimulakan sejak 3 Jan 2020 di kawasan terpilih di Lembah Kelang dan objektifnya adalah untuk menilai kebolehlaksanaan serta budaya e-panggilan motosikal dalam konteks tempatan.
Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata dengan bantuan daripada pakar-pakar serantaunya, syarikat tersebut akan mengaplikasikan standard yang ketat dan pembelajaran dari seluruh rantau bagi meningkatkan perkhidmatan itu di negara ini.
"Keselamatan terus menjadi keutamaan utama Grab. Penunggang GrabBike bukan sahaja perlu untuk menghadiri latihan keselamatan pemanduan dan penilaian praktikal, semua motosikal GrabBike akan dilengkapi dengan topi keledar untuk kegunaan penumpang termasuk jaket pantulan.
"Sama seperti mana-mana pemandu Grab, penunggang dan penumpang akan dilindungi oleh insurans kemalangan diri," katanya lagi.
Menurut Grab, pengguna kini boleh memilih untuk menggunakan GrabBike dalam kawasan Lembah Klang, bagi perjalanan sekitar 10 kilometer dari lokasi penumpang. Pengguna akan dilayan oleh penunggang GrabBike yang berkelayakan, mereka ini telah melalui latihan keselamatan pemanduan dan penilaian penunggangan yang praktikal.
Untuk melindungi keselamatan penumpang serta penunggang, tempahan berbentuk wang tunai untuk semua perjalanan motosikal antara 9 malam dan 2 pagi akan dihentikan.
"Selain itu, Grab akan memanfaatkan ciri-ciri keselamatan yang didorong oleh teknologi yang telah dibangunkan bertahun-tahun bagi perkhidmatan e-panggilan seperti penentusahan swafoto penumpang, pusat keselamatan, kit keselamatan penunggang, telematik dan lain-lain," katanya.
Grab menjelaskan ia mahu membangunkan inisiatif dan modul baharu untuk meningkatkan tahap standard keselamatan bagi e-panggilan motosikal serta perkhidmatan penghantaran atas permintaan di platform-platform seperti GrabBike, GrabFood, GrabExpress dan GrabMart.
"Dengan memanfaatkan teknologi terkini dan pengalaman dalam keselamatan. Grab mahu membangunkan bahan latihan serta panduan yang komprehensif untuk pemandu dan pengantar yang menjadi rakan kongsinya, bahan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dan bahan latihan yang komprehensif untuk tenaga pengajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020

Perkhidmatan perintisan GrabBike sudah dimulakan sejak 3 Jan 2020 di kawasan terpilih di Lembah Kelang.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Polis siasat video tular pemandu e-panggilan hina agama Islam dan negara
Polis sedang menyiasat video tular membabitkan seorang pemandu e-panggilan yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan negara Malaysia kepada pelancong asing baru-baru ini.

Dua lelaki ditahan edar dadah guna teksi, e-panggilan
Polis telah menahan suspek pertama yang memandu sebuah teksi, dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' di sekitar Kelana Jaya.

airasia ride cadang perluas perkhidmatan ke Thailand pada 2022
Syarikat itu akan bermula dengan Bangkok, sebelum mengembangkan liputannya ke bandar lain di negara itu.

AirAsia sasar jadi syarikat penghantaran makanan, e-panggilan terbesar di Asia
AirAsia Group menyasar untuk menjadi syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan terbesar di Asia.

Proton tawar kad minyak percuma kepada pembeli kereta e-hailing
Pelanggan yang membeli Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 baharu dari pusat jualan Proton akan ditawarkan dengan kad hadiah itu.

Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang
Projek perintis GrabBike ini merupakan sebahagian daripada program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khidmat e-panggilan motosikal dimuktamad akhir tahun ini - MOT
Menurut kementerian itu, rangka perundangan dan syarat perkhidmatan itu masih dalam proses penyediaan.

'Jangan meroyan kalau orang pilih Grab dari teksi'
Tindakan pemandu teksi berkenaan adalah sangat biadab dan kelihatan seperti samseng terutamanya jika membabitkan seorang negarawan seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Pengangkutan kesal tindakan pemandu teksi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kesal dengan tindakan pemandu teksi yang membuat kecoh dalam dialog bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, pagi tadi.

Majlis perjumpaan Tun M kecoh diganggu pemandu teksi biadap
Majlis perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis.