Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mengingatkan kepada pemandu teksi terutamanya yang bertindak biadab dalam majlis perjumpaan bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi pagi tadi untuk tidak 'meroyan' jika pengguna lebih memilih menggunakan perkhidmatan e-panggilan, Grab.
Faiz yang juga Ketua Biro Integriti, Anti Rasuah dan Salah Guna Kuasa Pemuda Bersatu berkata, tindakan pemandu teksi berkenaan adalah sangat biadab dan kelihatan seperti samseng terutamanya jika membabitkan seorang negarawan seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, apa yang berlaku di antara perkhidmatan teksi serta Grab itu merupakan sebuah perniagaan yang akhirnya terletak kepada pengguna juga untuk membuat pilihan.
“Tiada siapa paksa anda pandu teksi atau Grab. Perniagaan ialah persaingan. Siapa (teksi atau Grab) yang pelanggan suka maka dia (teksi atau Grab) untung. Kenapa pula nak minta kerajaan halang pilihan majoriti pelanggan?
“Sikap pemandu teksi perlu berubah dan terimalah hakikat bahawa sekarang zaman persaingan perkhidmatan mana yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
BACA: Majlis perjumpaan Tun M kecoh diganggu pemandu teksi biadab
Faiz berkata, pemandu teksi perlu memanfaatkan teknologi aplikasi mudah alih telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan.
Menurutnya, pemandu teksi juga perlu adil dan jelas mengenai kadar bayaran untuk perkhidmatan berkenaan.
VIDEO: Majlis perjumpaan Tun M kecoh diganggu pemandu teksi biadab
“Jika diwajibkan guna meter maka ikutlah kadar dari meter. Jaga etika dengan pelanggan. Guna sistem rating oleh pelanggan sebagai mekanisme penilaian perkhidmatan mereka,” katanya.
Majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi semalam kecoh seketika apabila beberapa orang ahli persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.
BACA: Isu pemandu teksi biadab: 'Bukan kami yang hampakan Tun M' - Perjiwa
Kira-kira 10 pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.
Kekecohan itu hanya berlaku kira-kira dua minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.
Sinar Harian
Mon Oct 22 2018

Perjumpaan Dr Mahathir dengan persatuan pemandu teksi di Langkawi pada Ahad kecoh seketika apabila beberapa orang ahli persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau. - Gambar fail

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.