GOOGLE memaklumkan akan menamatkan sokongan untuk pelayar web Chrome buat pengguna sistem operasi macOS 10.15.

Versi Chrome 128 akan menjadi versi terakhir yang disokong untuk sistem operasi berkenaan, dan versi selepas ini tidak lagi akan menyokongnya.

Bermula Chrome 129, ia akan memerlukan pengguna menjalankan sistem operasi macOS 11 dan terkini untuk menggunakannya.

Pihak Google menyatakan pelayar web Chrome boleh terus digunakan, tetapi pengguna digalakkan untuk menggunakan versi terkini untuk menikmati akses kepada ciri-ciri baharu, selain memastikan keselamatan dan privasi terjaga. -Amanz