Google Doodle pada Ahad bukan sekadar logo statik tetapi turut hadir dengan paparan GIF yang bergerak-gerak.
Coraknya pula memperlihatkan watak animasi beberapa ekor haiwan yang sedang terapung di atas sebatang sungai.
Ini selari dengan pembukaan acara dan majlis perasmian yang berlangsung di sepanjang Sungai Seine di Paris dengan melibatkan perarakan besar atlet dari lebih 200 negara.
Apabila di klik pada Google Doodle berkenaan, anda akan dibawa ke halaman hasil carian mengenai Sukan Olimpik Paris 2024.
Majlis perasmian Olimpik Paris 2024 berlangsung pada Sabtu, buat pertama kali berlangsung di sungai dan bukannya di litar balapan stadium seperti kebiasaannya.