BATU GAJAH: Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini kini boleh menyalurkan cadangan, aduan dan rintihan mereka kepada Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Negeri Perak (MTOP) yang ditubuhkan sebagai satu platform bagi menjaga kebajikan serta hak golongan berkenaan.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata isu berkaitan dengan golongan ini dari segi kebajikan, permohonan dan potensi (bakat) mereka ini boleh disalurkan pada majlis itu yang akan melihat perkembangan ke arah kebaikan serta perkembangan golongan ini.
"Kalau tidak, mereka (OKU) hanya menyuarakan pendapat tanpa ada satu platform rasmi, dengan wujudnya MTOP ini, kerajaan tidak boleh pandang ringan dan apa yang diutuskan perlu dibawa oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat ke Mesyuarat Exco.
"Rayuan dari MTOP akan dibuat satu Kertas Exco dan jika ada permintaan yang memerlukan dasar oleh kerajaan negeri, maka sebuah dasar akan dibuat berkaitan kepada cadangan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis jalinan mesra bersama golongan OKU 2022 di Arena Square di sini semalam.
Menurut Saarani, kerajaan negeri telah melantik empat orang ahli MTOP yang terdiri daripada golongan OKU dan pakar berkaitan golongan ini serta mempunyai lapan jawatankuasa kerja (JKK) yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
"Antaranya ialah jawatankuasa kerja reka bentuk sejagat dan alam bina, pengangkutan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, pendaftaran, bakat dan potensi, dan kerohanian dan modal insan," katanya.
Jurucakap MTOP berkata golongan OKU boleh menghubungi talian utama 055269829 atau mendapatkan borang permohonan di Pejabat Sekretariat Pembangunan Wanita (SPW) di Meru, Ipoh untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, Ahli MTOP Muhammad Danial Azli, 30 berkata beliau berharap agar golongan OKU tidak tersisih daripada kerajaan negeri dan terus dibantu melalui kewujudan badan itu.
"Pelbagai isu yang ingin kami perjuangkan antaranya baru-baru ini sebuah masjid di Daerah Kinta yang tidak membenarkan kerusi roda memasuki ke dalam masjid. Jadi kami akan berjumpa pihak pengurusan masjid tersebut untuk mencadangkan pemasangan sarung plastik pada kerusi roda seperti yang dilakukan di Masjid sekitar Putrajaya," katanya.
Penubuhan MTOP telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Pakej Ransangan Ekonomi ( PRE) Perak Sejahtera 2022 pada 18 Feb tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
Saarani (kiri) bergambar bersama Atlet Para SUKMA pada Majlis Jalinan Mesra bersama Orang Kurang Upaya di Arena Square Batu Gajah, 28 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
NR-REE: MB jamin pertahankan hak Perak
Kerajaan Perak memberi jaminan akan mempertahankan hak sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini dan memastikan hasilnya adalah untuk manfaat rakyat Perak.
Bandar PR1MA pertama tawar 1,500 kediaman mampu milik
Ia bakal menawarkan 1,500 unit kediaman yang dibina di atas tanah seluas 56 hektar di Teluk Intan membabitkan kos pembinaan berjumlah RM511 juta.
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat
Jabatan Mufti Perak akan memberi penjelasan mengenai latar belakang dan juga maksud sebenar kandungan teks khutbah Jumaat, semalam.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.
Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.