IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif (Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023 oleh Jabatan Tenaga Atom, baru-baru ini.
Anugerah itu disampaikan pada Simposium Teknikal Jabatan Tenaga Atom 2024 yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Perak, Anuar Zainal Abidin berkata anugerah sama telah diterima perbadanan itu bagi tahun 2018-2020 pada 2022 atas pengurusan cemerlang Tapak Repositori, Mukim Belanja yang dikawal selia Amanjaya Global Sdn. Bhd.
Anuar berkata MB Inc Perak merupakan satu-satunya pemegang lesen dari negeri itu yang dipilih untuk kategori tersebut daripada lebih 1,810 pemegang lesen di seluruh negara.
"Kami berasa berbesar hati dengan pengiktirafan kali kedua ini dan semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada syarikat berkaitan kerajaan negeri lain untuk bersama-sama terus menyumbang terhadap pembangunan dan kecemerlangan negeri Perak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Penganugerahan itu dinilai berdasarkan beberapa kriteria antaranya pengurusan keselamatan sinaran, pemantauan radiologi yang efisien, inisiatif komuniti seperti tanggungjawab sosial korporat atau perkongsian ilmu berkaitan kesedaran keselamatan sinaran, tiada tindakan undang-undang dari pihak berkuasa serta tiada kemalangan radiologi dan nuklear.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
MB Inc Perak merupakan satu-satunya pemegang lesen dari negeri itu yang dipilih untuk kategori tersebut daripada lebih 1,810 pemegang lesen di seluruh negara. - Foto MB Inc Perak
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli
Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta.
MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping
Pentadbiran terdahulu telah meluluskan tanah seluas 10 hektar di Lapangan Terbang Taiping di Tekah kepada pihak pengurusan MB Inc sebelum ini bagi tujuan pembangunan dengan kerjasama pemaju swasta.
Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat
PTG Negeri Perak telah mengarahkan peneroka haram terlibat untuk membaiki semula struktur tanah bagi mengelakkan sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.
Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc
Pencerobohan haram berkeluasan hampir 10 hektar itu turut melibatkan sebahagian dari tanah milik MB Inc.
Buktikan ada negeri bentang laporan MB Inc, CMI di sidang DUN - Zambry
Sekiranya terbukti terdapat negeri yang membentangkan laporan audit berkenaan MB Inc dan CMI di persidangan DUN, maka Perak terbuka untuk berbuat demikian.