KUALA LUMPUR: Usaha Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) tahun ini perlu berdasarkan tiga fokus utama yang digariskan dalam Bajet 2022 iaitu Keluarga Malaysia, perniagaan dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pemulihan ekonomi perlu diberi perhatian oleh GLC dan GLIC supaya kembali mampan dan merapatkan semula jurang ekonomi menerusi pemerkasaan komuniti, projek berteraskan konsep lestari, projek pembangunan untuk pemulihan serta projek ketersambungan digital.
"Kerajaan juga telah memulakan projek-projek tertentu seperti mewujudkan satu ekosistem bersepadu bagi meneroka industri-industri yang berteraskan digital, serta teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan 5G.
"InsyaAllah, dengan semangat usaha sama di antara kerajaan, GLC/GLIC dan pihak swasta serta badan bukan kerajaan, saya yakin kita mampu menangani impak pandemik dan membina semula sebuah negara yang lebih makmur untuk kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia," katanya dalam satu wawancara sempena Hari Terbuka GLC 2022.
Hari Terbuka GLC 2022 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini menyaksikan penyertaan 25 buah GLIC/GLC.
Perdana Menteri berkata fokus kedua GLC dan GLIC ialah mengembalikan keupayaan dan daya saing perniagaan menerusi pelbagai inisiatif seperti pembiayaan perniagaan serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui ekosistem GLC dan GLIC, termasuk peniaga dan syarikat Bumiputera.
Jelasnya, ini termasuk inisiatif Jalinan GLC: Memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bernilai RM5 bilion bagi membantu usahawan PMKS.
"Dengan sempadan negara yang akan dibuka pada 1 April, 2022, saya yakin ia akan merancakkan ekonomi, sekali gus membantu bukan sahaja GLC dan GLIC tetapi juga syarikat berkaitannya berkembang," tambah beliau.
Menurut Ismail Sabri, Bajet 2022 juga mengunjurkan pelaburan bernilai sekurang-kurangnya RM30 bilion oleh syarikat GLC dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, serta pemodenan rangkaian bekalan atau infrastruktur 5G.
"Ini bakal merancakkan PKS yang berkecimpung di dalam bidang ini," katanya.
Beliau berkata menerusi usaha ini, kerajaan juga mengutamakan pemerkasaan Bumiputera dengan Bajet 2022 jelas menekankan bahawa 40 peratus perolehan tempatan melalui GLC/GLIC perlu dikhususkan untuk usahawan Bumiputera.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata GLC dan GLIC perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan dalam memulih kehidupan Keluarga Malaysia secara menyeluruh, merangkumi mata pencarian, pekerjaan dan penambahbaikan kesihatan awam.
"Melalui penampilan baharu GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN), GLC dan GLIC akan menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan dan juga kesihatan awam, terutamanya bagi golongan tumpuan dan yang memerlukan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri berkata secara keseluruhan GLC dan GLIC telah menggaji kira-kira 500,000 tenaga kerja negara dan secara tidak langsung menyokong berjuta tenaga kerja melalui ekosistemnya yang merangkumi pelbagai syarikat swasta, daripada yang bersaiz kecil, sederhana dan besar.
Beliau berkata pada 2021, Malaysian Short-Term Employment Programme (MySTEP) telah berjaya menempatkan 21,541 termasuk siswazah di GLC dan GLIC berbanding sasaran sebanyak 15,000.
"Pada tahun ini, MySTEP menyasarkan penempatan sebanyak 30,000 pekerjaan di GLC/GLIC.
"Ini akan menyumbang kepada sasaran keseluruhan kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, yang juga akan menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran negara ke tahap kurang daripada empat peratus menjelang hujung tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Ismail Sabri berkata, pemulihan ekonomi perlu diberi perhatian oleh GLC dan GLIC supaya kembali mampan dan merapatkan semula jurang ekonomi. - Gambar/ Bernama
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Seorang bekas CEO anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.
Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Bekas ketua operasi GLC direman tiga hari kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.