ALOR SETAR: Kerakusan ‘Geng Mizan’ yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan premis sejak enam bulan lalu berakhir dengan penahanan anggota geng itu berusia 25 tahun hingga 52 tahun menerusi beberapa siri serbuan di sekitar negeri Kedah.
Tujuh suspek termasuk seorang wanita ditahan bermula 20 Mei lalu susulan kejadian kes pecah masuk sebuah premis perniagaan di kawasan Bedong, Sungai Petani yang membabitkan kerugian kira-kira lebih RM100,000.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, setakat ini pihaknya sedang memburu tiga suspek termasuk dalang kumpulan itu yang dikenali sebagai Mizan berusia 43 tahun manakala seorang lagi berusia 42 tahun.
Katanya, modus operandi kumpulan ini adalah dengan mensasarkan rumah kosong di kawasan perumahan dan melakukan intipan berminggu-minggu sebelum melakukan pecah masuk.
Katanya, kumpulan ini akan memecah masuk dengan cara mengumpil pintu kayu dan memotong jeriji besi di bahagian belakang premis sebelum melarikan barangan terbabit.
"Aktif dalam tempoh lima hingga enam bulan lepas dan kita dapat tangkapan yang terakhir di sebuah premis di Jitra. Susulan daripada itu kita buat tangkapan terhadap mereka dan tiga lagi suspek utama kita tengah kesan dan kita (yakin) akan dapat tangkap dalam masa terdekat," katanya.
Wan Hassan berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Khamis.
Tambah beliau, dalam siri tangkapan itu polis merampas pelbagai barangan serta dua plastik berisi ketulan jernih kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine, peralatan pecah rumah dan sebuah kereta Proton Perdana yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu.
Beliau berkata, selain itu pihaknya turut melakukan rampasan sebuah peti besi yang disyaki hasil daripada jenayah pecah Istana Hinggap di Taman Tunku Sarina, Jitra.
"Daripada soal siasat yang kita jalankan mendapati bahawa mereka-mereka yang terlibat ini telah melakukan sebanyak 15 kes jenayah pecah rumah di sekitar negeri Kedah ini, di beberapa daerah terutama di Sungai Petani dan di Kota Setar dan juga satu kes di Perak dan satu kes di Pulau Pinang," katanya.
Menurut Wan Hassan lagi, enam suspek lelaki yang ditahan didapati positif dadah jenis Methamphetamine manakala wanita terbabit negatif dadah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Katanya hasil siasatan kesemua tangkapan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah serta masih direman bermula 20 hingga 3 Jun mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 01 2023

Polis sedang memburu tiga suspek termasuk dalang kumpulan itu yang dikenali sebagai Mizan berusia 43 tahun manakala seorang lagi berusia 42 tahun. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Geng Mizan tumpas, aktif terlibat kes pecah rumah sekitar Kedah
Kerakusan Geng Mizan yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan premis sejak enam bulan lalu berakhir dengan penahanan anggota geng itu.