Generasi muda disaran bijak menapis ledakan maklumat supaya tidak terpengaruh dengan anasir-anasir pembangkang.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata ia penting bagi mengekalkan kestabilan negara yang dikecapi di bawah kepimpinan sekarang.

Beliau tidak menolak kemungkinan kecanggihan teknologi mempengaruhi cara berfikir dan gaya hidup warga kota.

Justeru itu, mereka harus cekap dalam meneliti setiap maklumat yang diperolehi agar tiada kekesalan berlaku kelak.

Beliau ditemui selepas perasmian seminar 'Perkhidmatan Secara Jujur dan Ikhlas' menyemarakkan semangat generasi X dan Y bagi pencapaian lebih baik di ibu negara hari ini.