Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan tempat letak kereta berkuatkuasa hari ini.
Dibahagikan kepada empat kategori, penyeragaman kadar caj bayaran tersebut dibuat mengikut zon kawasan perancangan pusat bandar dan luar pusat bandar berdasarkan nilai siling tertentu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memberitahu, langkah itu diperkenal bagi meringankan beban warga kota yang terpaksa menanggung caj letak kereta yang tinggi.
“Sebelum ini saya janjikan untuk menyeragamkan kawasan tempat letak kereta di Kuala Lumpur dalam bandar dan luar kawasan perancangan supaya pihak swasta atau pengurusan kawasan letak kereta tidak akan kenakan caj yang luar kawalan,” kata Raja Nong Chik.
Empat kategori tersebut melibatkan parkir dalam bangunan, kawasan terbuka atau lapang, tempat letak kereta milik hotel dan lain-lain kategori.
“Kadar siling caj letak kereta mengikut jam yang dibenarkan di kawasan perancangan pusat bandar untuk jam pertama: RM3-6 bagi dalam bangunan, RM3-5 di kawasan lapang, RM4-8 di hotel dan RM3-6 di lain tempat. Bagi setiap jam, caj yang dibenarkan adalah andata RM1-2 bagi semua kategori," tambah beliau.
Bagi operator yang melaksanakan kadar rata di kawasan pusat bandar, caj siling ditetapkan antara RM5 hingga RM10 tertakluk kepada bayaran maksimum tidak lebih RM20 sehari.
Bagi penunggang motosikal pula, caj antara RM1 hingga RM2 dikenakan bagi sekali masuk.
Selain itu, kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di bawah masa 15 minit bagi semua kawasan dan kategori adalah percuma.
Kawasan perancangan pusat bandar meliputi sempadan Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi dan Jalan Mahameru.
Astro Awani
Tue Jan 15 2013
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Perumahan baru di Lembah Pantai - Nong Chik
Penduduk di flat Sri Pahang dan Bukit Bangsar bakal menikmati perumahan baru sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai.
30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah
Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilancarkan bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah memiliki kediaman sendiri.
Hasil kerja lebih penting daripada debat - Nong Chik
Tidak perlu berdebat sebaliknya ukur indeks pencapaian prestasi KPI sepanjang satu penggal memerintah Lembah Pantai.
Jangan lupa rasa sayang pada Wilayah Persekutuan
Warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diseru supaya tidak sesekali melupakan rasa sayang dan cinta terhadap Wilayah Persekutuan.
Peniaga pasar awam digesa tingkat kebersihan pasar
Peniaga pasar awam di tengah ibu kota digesa meningkatkan tahap kebersihan pasar agar dapat menjadi satu daripada tarikan pelancong asing dalam mengenali budaya masyarakat di negara ini.
Reaksi pelbagai bagi tempat letak kereta wanita
Warga kota memberi reaksi yang pelbagai setelah kerajaan mahukan 7% tempat letak kereta di premis komersial dikhaskan kepada wanita.
Kadar caj tempat letak kereta seragam di KL
DBKL memperkenalkan penyeragaman kadar caj bayaran tempat kereta mengikut kategori dan zon untuk warga kota.
7% tempat letak kereta untuk pemandu wanita
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata 7 peratus dari tempat letak kereta di premis-premis komersial perlu dikhaskan kepada wanita.
Kerajaan tidak akan bayar ganti rugi
Keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan rumah yang terletak berhampiran dengan kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa
Projek pembangunan semula Bandar Tun Razak bermula pertengahan tahun
Projek pembangunan semula kawasan perumahan Bandar Tun Razak dijangka bermula pertengahan tahun ini.