KUALA LUMPUR: GEMPA bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Taiwan pukul 2.44 petang pada Ahad.

Di Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman Twitternya memaklumkan, pusat gempa tersebut  tersebut terletak 23.2° Utara dan 121.3° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Ia terletak 75 kilometer Tenggara dari Chiayi,Taiwan.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

BACA: Gempa bumi kuat landa Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan


Terdahulu, media melaporkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan kejadian yang berlaku pukul 2.44 petang tadi adalah paling kuat setakat ini dengan kedalaman 10 km (6.2 batu).

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami bagi pulau terpencil berhampiran Taiwan, selain meramalkan ombak setinggi semeter dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan).

Jabatan Kaji Cuaca Taiwan memaklumkan gegaran kuat berukuran 6.4 magnitud juga berlaku di daerah Taitung, petang semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.