MOSCOW: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik.

Menurut data dari Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), gempa bumi itu pada mulanya dicatatkan berukuran 6.8 magnitud, tetapi ahli seismologi kemudian menaikkan anggaran mereka.

Pusat gempa bumi terletak 43 kilometer (27 batu) tenggara kampung San Pedro de Atacama di Wilayah Antofagasta pada kedalaman 128 kilometer, kata ahli seismologi.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan material.

-- BERNAMA