GEMPA bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Luzon, utara Filipina malam tadi, dengan pegawai menjangkakan kerosakan akibat bencana alam berkenaan.
Pakar Seismologi Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (AS) Charm Villamil berkata, pihaknya menjangkakan kerosakan bangunan yang tidak mempunyai ciri binaan kukuh dalam kejadian jam 10.59 malam waktu tempatan itu, lapor agensi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi terletak 17.9° U dan 120.7° T dengan kedalaman 64 kilometer (km).
"(Pusat gempa) 36km Selatan dari Laoag City, Filipina. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," kata MetMalaysia di laman Twitternya, malam tadi.
Pada Julai, gempa bumi berukuran 7.0 magnitud di kawasan yang sama mencetuskan tanah runtuh dan retakan tanah di kawasan pergunungan, mengorbankan 11 orang dan mencederakan beberapa ratus yang lain.
Gempa bumi adalah kejadian yang kerap berlaku di Filipina, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik.
Astro Awani
Tue Oct 25 2022

MetMalaysia berkata, pusat gempa bumi terletak 17.9 U dan 120.7 T dengan kedalaman 64 kilometer (km). - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Ribut tropika Ma-on landa Filipina, 3 terkorban, 4 cedera
Kerajaan Filipina pada Khamis berkata taufan tropika Ma-on yang membadai pulau utama Luzon minggu ini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan empat lagi cedera di negara itu.

4 maut, 60 cedera, gempa bumi kuat melanda utara Filipina
Gempa bumi berukuran tujuh pada skala Richter yang menggegarkan Pulau Luzon, Filipina pada pagi Rabu mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang.

Gempa Filipina: Lapan terbunuh, puluhan lagi masih terperangkap
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh selepas gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Pulau Luzon Filipina Isnin petang.

Tiga gempa bumi landa Luzon, Filipina
Tiga gempa bumi yang bermagnitud 5.0 hingga 5.9 melanda wilayah Batangas di pulau utama Filipina, Luzon hari ini.

Remaja lelaki jadi mangsa pertama Taufan Koppu di Filipina
Seorang remaja lelaki mati dihempap pokok selepas Taufan Koppu yang melanda wilayah Luzon Filipina membawa kemusnahan teruk dengan menumbangkan pokok dan meranapkan kediaman.

Taufan Koppu membadai Luzon, Filipina
Taufan kedua terkuat itu menyebabkan kerajaan Filipina membatalkan beberapa penerbangan dan memerintahkan beribu-ribu penduduk yang tinggal di pesisir segera berpindah.