Sekurang-kurangnya lapan terbunuh selepas satu gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Pulau Luzon di Filipina pada Isnin petang.
Gempa berlaku 60 km ke barat laut ibu negara Manila, yang turut menjejaskan perkhidmatan penerbangan, kereta api dan pengangkutan darat selain meranapkan beberapa bangunan dan infrastruktur.
Lapor agensi berita Reuters, Wilayah Pampanga adalah kawasan paling teruk terjejas. Selain lapan yang terbunuh, 20 yang lain turut cedera kata gabenor wilayah, Lilia Pineda.
Pasukan penyelamat bekerja keras dengan dibantu skuad anjing untuk mencari mangsa yang dipercayai masih terperangkap di dalam runtuhan sebuah bangunan empat tingkat yang turut meranapkan tingkat bawah bangunan terbabit yang merupakan sebuah pasaraya.
“Terdengar ada yang menangis. Tidak mudah untuk menyelamatkan mereka,” kata Pineda.
Laporan awal menyebut gegaran mencecah 6.3 magnitud namun diturunkan kepada 6.1.
Selain itu terdapat rekahan besar di jalan raya dan tiang elektrik yang tumbang di Pampanga dan pihak berkuasa menjangkakan jumlah kematian bakal meningkat.
Di Manila, gegaran dapat dirasakan sekitar 5 petang, menyebabkan bangunan tinggi di kawasan perniagaan utama bergegar untuk beberapa minit.
Sejurus itu juga perkhidmatan kereta api dihentikan dan orang ramai diarahkan berpindah keluar dari bangunan dan kediaman.
Angka korban dan mereka yang cedera dijangka meningkat.
Agensi
Mon Apr 22 2019
Pampanga adalah paling teruk terjejas. Selain lapan yang terbunuh, 20 yang lain turut cedera kata gabenor wilayah Lilia Pineda. - Foto Reuters
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Seorang maut, 28 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Dar es Salaam
Seorang maut dan 28 yang lain cedera apabila sebuah bangunan empat tingkat runtuh di pinggir bandar Kariakoo di Dar es Salaam, bandar pelabuhan Tanzania.
Bangunan runtuh di Bukit Senjuang projek haram, tiada permohonan binaan - MBMB
MBMB telah menyita kawasan tersebut dan akan mengeluarkan kompaun maksimum RM50,000 kepada pemilik bangunan.
Seorang maut, dua selamat dalam insiden bangunan runtuh
Lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22, ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.
Angka kematian bangunan runtuh di Lucknow India meningkat kepada 8 orang
Kira-kira 30 mangsa telah diselamatkan dan menjalani rawatan di hospital berbeza.
Hari Kebangsaan: Jentera USAR bakal ditonjolkan buat julung kali
Jentera Urban Search and Rescue (USAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kelab Bomba Cilik antara kelainan ditonjolkan dalam perbarisan Hari Kebangsaan ke-67.
Banjir kilat di Indonesia ragut 11 nyawa
Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat awal pagi Ahad mengakibatkan 11 kematian di daerah Rua, Ternate, Maluku Utara.
6 maut, 10 cedera selepas pavilion runtuh akibat petir
Sebuah pavilion di taman di Changzhou wilayah Jiangsu, timur China runtuh akibat dipanah petir, mengakibatkan enam orang maut dan sepuluh lagi cedera, lapor Xinhua.
12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah
Gempa bumi berukuran 4.4 magnitud yang melanda daerah Batang, Pekalongan dan Kendal di Jawa Tengah pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 12 penduduk cedera.
Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.