MANILA: Gempa bumi berukuran tujuh pada skala Richter yang menggegarkan Pulau Luzon, Filipina pada pagi Rabu mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan kira-kira 60 yang lain, lapor Xinhua, memetik Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Benhur Abalos.
Abalos berkata dua yang maut adalah dari Benguet masing-masing seorang dari Abra dan Wilayah Mountain manakala kebanyakan mangsa yang cedera dilaporkan dari Abra.
Katanya, gempa itu turut mencetuskan hampir 60 tanah runtuh serta menyebabkan lebuh raya dan jalan raya di wilayah utara Filipina tidak dapat digunakan. Sekurang-kurangnya tiga jambatan rosak di Abra, yang menjadi pusat gempa.
Gegaran itu turut menjejaskan 15 wilayah, 15 bandar, 218 majlis perbandaran dan 6,756 kampung di utara Filipina.
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) gempa bumi dengan kekuatan tujuh pada skala Richter menggegarkan wilayah Abra di utara Filipina pada 8.43 pagi waktu tempatan (0043 GMT).
Pusat gempa terletak di bandar Tayum, dengan kedalaman 17 kilometer.
Gegaran turut dirasai di kebanyakan kawasan di Pulau Luzon, termasuk Metro Manila selain beberapa wilayah lain antaranya di Ilocos Sur, Pangasinan, Nueva Vizcaya, Bulacan, Laguna dan Cavite.
Setakat 1 tengah hari waktu tempatan (0500 GMT), PHIVOLC Stelah merekodkan sekurang-kurangnya 120 gegaran susulan di wilayah utara.
Pihak berkuasa bencana tempatan Baguio City yang juga terletak di utara Filipina memaklumkan Kennon Road, jalan utama yang menghubungkan bandar raya itu dan Manila, ditutup sementara dan kerosakan sedang dinilai.
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos dalam satu sidang media berkata beliau akan menangguhkan lawatannya ke wilayah yang terjejas itu pada Khamis.
Marcos telah menghantar Setiausaha Kebajikan Masyarakat Erwin Tulfo ke wilayah yang dilanda gempa bumi untuk membantu mangsa.
Ketua PHIVOLCS Renato Solidum memberi amaran gempa tektonik akan mencetuskan gegaran susulan dan boleh menyebabkan kerosakan seperti tanah runtuh.
Beliau menggesa rakyat dan kerajaan tempatan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang "Ring of Fire" Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Gegaran itu turut menjejaskan 15 wilayah, 15 bandar, 218 majlis perbandaran dan 6,756 kampung di utara Filipina. - REUTERS

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Haba matahari mungkin mempengaruhi aktiviti gempa bumi - Kajian
Haba daripada matahari mungkin memainkan peranan dalam aktiviti gempa bumi di Bumi.

Gempa bumi 5.5 magnitud landa barat laut Myanmar
Menurut DMH, pusat gempa terletak kira-kira 23 batu di barat daya bandar Homalin di wilayah Sagaing.

Gempa bumi 5.5 pada skala Richter gegar Nepal
Gempa berlaku kira-kira 14 kilometer (8.7 batu) di selatan Kodari pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.