MANILA: Kerajaan Filipina pada Khamis berkata taufan tropika Ma-on yang membadai pulau utama Luzon minggu ini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan empat lagi cedera di negara itu.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan itu berlaku di dua wilayah utara Filipina dan wilayah Bicol di hujung selatan Luzon ketika Ma-on mendarat pada pagi Selasa, lapor Xinhua.
Ia berkata Ma-on menjejaskan hampir 50,000 orang di hampir 400 kampung. Angin bertiup dengan kelajuan maksimum 110 km sejam dengan adakalanya tiupan itu mencapai sehingga 150 km sejam, dengan Ma-on turut membawa hujan lebat yang menyebabkan jalan raya banjir, selain ia merosakkan rumah dan memutuskan komunikasi dan talian elektrik di laluannya.
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos menggantung persekolahan di semua peringkat dan pejabat kerajaan di Metro Manila dan enam wilayah lain pada Selasa dan Rabu kerana risiko yang ditimbulkan oleh Ma-on.
Ma-on, yang bergerak dari Filipina pada pagi Rabu, merupakan taufan tropika keenam yang melanda negara Asia Tenggara itu tahun ini.
Filipina adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana di seluruh dunia, terutamanya kerana lokasinya yang terletak di Lingkaran Api Pasifik dan Laluan Taufan Pasifik.
Secara purata, negara kepulauan itu mengalami 20 taufan setiap tahun, ada di antaranya bertiup amat kencang hingga membawa kemusnahan.
Pada April, ribut tropika Megi membadai Filipina dan mengakibatkan tanah runtuh dan banjir, menyebabkan 224 orang maut dan 147 yang lain hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Taufan tropika Ma-on yang membadai pulau utama Luzon minggu ini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan empat lagi cedera. - Foto AP

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Nasihat ribut tropika Nakri di perairan Sabah
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah.

Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika
Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 908 kilometer (km) ke Timur Laut Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam.

Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang
Angka kematian daripada Ribut Tropika Tembin di Mindanao, Filipina meningkat ke hampir 200 orang sehingga awal pagi Ahad.