KUALA LUMPUR:Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada 9.20 malam itu berpusat di 868 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 10km.

Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA