PARIT BUNTAR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai sweep under the carpet' atau disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah yang sebenarnya boleh diambil tindakan atau pendekatan untuk menyelesaikannya.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya memberikan perhatian penuh mengenai perkara itu, dengan menambah baik garis panduan menangani gejala buli di peringkat institusi KPM, dengan kerjasama semua agensi termasuk polis dan pihak berkepentingan di peringkat sekolah.
"Kita juga memberikan ruang yang penuh dalam meningkatkan keupayaan dan kapasiti serta peranan guru kaunseling dan kaunselor di sekolah. Satu aspek yang penting ialah apabila kita lebih terbuka bercakap tentang perlunya mengambil sikap yang tegas dalam gejala ini, kita menerima aduan yang lebih tinggi.
"Maksudnya mereka bersedia untuk bercakap dan memberikan maklumat kepada kita. Jadi, saya mahu lihat perkara ini dalam sudut yang lebih positif mengangkat aduan ini untuk tindakan kita. Kita tak nak ada lagi kes-kes yang kita sebut sebagai sweep under the carpet yang sebenarnya kita boleh ambil tindakan", katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Antibuli Peringkat Daerah Kerian 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Parit Buntar, di sini hari ini.
Fadhlina berkata Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) diberikan ruang yang penuh, telus dan integriti, untuk memastikan semua aduan berkaitaan gejala buli dikendalikan dengan pendekatan penyelesaian yang diambil KPM.
Beliau juga berkata Program Antibuli di sekolah perlu dibawa ke peringkat yang lebih luas, dengan komitmen Jabatan Pendidikan Negeri dan yakin gejala buli di sekolah dapat ditangani dengan lebih berkesan berteraskan pendidikan.
Mengulas mengenai kes buli pelajar wanita di sebuah sekolah menengah dalam daerah Kerian di sini, Fadhlina berkata siasatan dan tindakan sedang dilakukan oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan KPM.
"Jadi sebab itu saya fikir kita sudah ada ruang, kita sudah ada penyelesaian, bagaimana tindakan harus diambil, penjelasan serta penerangan kepada ibu bapa. Saya tekankan bahawa pendekatan kita ialah pendidikan. Jadi apa pun tindakan baik, tegas, ia masih lagi dalam konteks pendidikan," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit 21 saat, memaparkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dibuli oleh dua pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah sama.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 14 Jun di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian, yang didakwa berpunca dari sikap cemburu salah seorang suspek terhadap mangsa, selepas dikatakan rapat dengan teman lelakinya berusia 15 tahun dari sekolah sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
![Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706959508_FadhlinaSidek.jpg)
Fadhlina berkata KPM akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah.- Gambar fail/Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706959508_FadhlinaSidek.jpg)
Gejala buli di sekolah: KPM pastikan tiada kes 'disembunyikan' - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan agar tiada lagi kes yang disifatkan sebagai sweep under the carpet' atau disembunyikan, berkaitan gejala buli di sekolah.
![Buli: Guna sepenuhnya khidmat PPS - Mazlan Lazim Buli: Guna sepenuhnya khidmat PPS - Mazlan Lazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639541899_TBBULI.jpg)
Buli: Guna sepenuhnya khidmat PPS - Mazlan Lazim
Setiap sekolah diperuntukkan sekurang-kurangnya seorang PPS dan bilangan itu boleh ditambah di sekolah-sekolah yang besar.
![Video buli tular babitkan pelajar di sekolah menengah di Singapura Video buli tular babitkan pelajar di sekolah menengah di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81519312954_bulisingapore.jpg)
Video buli tular babitkan pelajar di sekolah menengah di Singapura
Kejadian buli di sekolah kembali tapi kali ini berlaku di Singapura. Bagaimanapun, video buli itu mula tular dalam kalangan netizen di Malaysia.
![Perlakuan ibu bapa antara penyumbang anak jadi pembuli - perunding keibubapaan Perlakuan ibu bapa antara penyumbang anak jadi pembuli - perunding keibubapaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499776046_HouseBully.jpg)
Perlakuan ibu bapa antara penyumbang anak jadi pembuli - perunding keibubapaan
Perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.
![Buli: Cadangan gantung sekolah setahun terlalu lama - Lee Lam Thye Buli: Cadangan gantung sekolah setahun terlalu lama - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51447764947_buli.jpg)
Buli: Cadangan gantung sekolah setahun terlalu lama - Lee Lam Thye
Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.
![Mangsa buli tinggalkan nota sebelum bunuh diri, 'Guru sekolah tak buat apa-apa' Mangsa buli tinggalkan nota sebelum bunuh diri, 'Guru sekolah tak buat apa-apa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61471144025_DanielFitzpatrick.jpg)
Mangsa buli tinggalkan nota sebelum bunuh diri, 'Guru sekolah tak buat apa-apa'
Ibu bapa kepada Daniel Fitzpatrick sangat kesal dengan tragedi itu dan mahu semua pihak membuka mata tentang betapa serius perbuatan membuli di sekolah.