SEPANJANG November tahun ini, pelbagai peristiwa dan drama politik tanah air berlaku antaranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15, status hubungan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN), ahli parti dan Parlimen lompat parti serta banyak lagi.


Tidak kurang juga beberapa kejadian lain yang membimbangkan seperti varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Omicron yang mula dikesan di Afrika Selatan.

 
Sumber Facebook astroawani

Begitu juga dengan isu mengenai kenaikan harga barang keperluan, roti dan tiket penerbangan ke Sarawak yang cukup memberi kesan kepada banyak pihak ketika baru sahaja hendak 'bernafas', selepas satu demi satu kelonggaran diberikan.



Kenaikan Harga | Peniaga terhimpit, sayur dan ayam mahal 



Harga Roti | KPDNHEP minta Gardenia tangguh kenaikan

Berikut antara berita yang mencuri perhatian sepanjang 30 hari bulan ini:

1. Musim tengkujuh bermula November 2021 hingga Mac 2022 - MetMalaysia

BACA: Kelantan dijangka tidak alami banjir besar pada musim tengkujuh kali ini


2. Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah

BACA: "Saya maafkan tertuduh yang 'buat' anak saya" - Bapa Zulfarhan

3. Agong perkenan Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan

BACA: Tarikh matang DUN Sarawak 6 Jun 2021

4. Abdul Hadi, Tuan Ibrahim kekalkan jawatan dalam Pas 

BACA: Jawatan Takiyuddin, Iskandar, Muhammad Sanusi dalam Pas kekal

5. Sesi persekolahan tahun depan bermula 21 Mac 


6.  BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi 

 
Sumber Facebook astroawani


7. PRN Sarawak: Tarikh pengundian 18 Dis, penamaan calon 6 Dis - SPR

 
Sumber Facebook astroawani

8. AMA 2021: BTS artis Asia pertama rangkul anugerah 'Artist of the Year'

9. Kit ujian COVID-19 boleh dibeli serendah RM4.90 



[TERKINI] KPM bekalkan kit ujian kendiri COVID-19 untuk sekolah rendah


10. Kenapa ikan siakap di Langkawi dijual pada harga RM1,196 seekor? Ini penjelasan pemilik restoran...

BACA: Selepas 'siakap' Langkawi, 'sotong' di Pulau Pinang pula didakwa 'harga kayangan'



BACA: Kailan ikan masin RM18: KPDNHEP beri peniaga tempoh 2 hari buat penjelasan