JEMPOL: Seorang remaja lelaki ditemui dalam keadaan tidak bermaya berhampiran motosikalnya selepas hampir tiga jam sesat dalam sebuah ladang kelapa sawit di sini.
Remaja berusia 15 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Ladang St Heiler, Bahau menghala ke Ladang Senama, Bahau untuk berjumpa rakannya dengan melalui jalan pintas di sebuah ladang kelapa sawit di sini kira-kira jam 5 petang.
Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11, Ramelan Ribut berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.56 petang dan sepasukan anggota dengan satu jentera dibantu satu kenderaan jenis Hilux diarahkan ke lokasi.
"Remaja itu sendiri menghubungi pasukan keselamatan berikutan tidak menjumpai jalan keluar sebaik memasuki ladang berkenaan.
"Pada masa sama, minyak motosikalnya telah habis.
"Dia turut memaklumkan bertemu beberapa individu yang melalui jalan yang sama dengannya namun mendakwa individu itu enggan membantunya sehingga dia terpaksa menghubungi pasukan keselamatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Jelas beliau, remaja itu juga tidak dapat memperincikan lokasinya selain dipercayai sudah panik akibat keadaan sekitar semakin gelap.
"Justeru, kami mencari remaja terbabit di sekitar ladang yang dimaklumkan sehingga menemuinya kira-kira jam 8.30 malam berhampiran motosikalnya.
"Remaja tersebut selamat dan telah diserahkan kepada keluarganya," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 03 2021
Remaja lelaki berusia 15 tahun sesat di ladang ketika mahu ke rumah rakannya. - Foto ihsan JBPM Negeri Sembilan
Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 81.34 kilogram (kg) yang bernilai RM2.6 juta ke Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Dis lepas.
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.
Fazzrudin gesa Chong minta DAP pusat selesaikan isu agihan gas
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman mahu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggunakan hubungan dengan pemimpin DAP persekutuan jika ikhlas mahu menyelesaikan isu berkaitan pertikaian pengagihan gas untuk Sarawak.
Wanita dipedaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS
Operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Gara-gara ikut jalan pintas, remaja sesat tiga jam dalam ladang kelapa sawit
Remaja itu sendiri menghubungi pasukan keselamatan berikutan tidak menjumpai jalan keluar sebaik memasuki ladang berkenaan.