KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan masih menunggu laporan daripada pakar dan jurutera berkaitan jajaran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) berdekatan Stesen Bandaraya yang mengalami kerosakan struktur, semalam.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata laporan berkenaan akan memberi gambaran mengenai sejauh mana kerosakan struktur itu memberi kesan dari aspek keselamatan.
"Kita masih menunggu laporan daripada pakar bagi mengetahui sama ada selamat untuk kita beroperasi semula.
"Sementara ini, kita beri ruang kepada jurutera untuk melihat kekuatan struktur tersebut, yang paling penting ialah keselamatan mesti kita utamakan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Wisma Chinese Chamber di sini hari ini.
Semalam, perkhidmatan LRT laluan Ampang dilaporkan mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.
Ditanya mengenai jangkaan pengoperasian semula LRT laluan Ampang, Loke berkata pihaknya tidak dapat memberi jaminan tempoh yang spesifik.
"Sudah tentu apabila laporan diberikan, kita akan buat keputusan untuk bagaimana kita menangani dan pengumuman lanjut mungkin akan dibuat dalam sehari dua lagi," katanya.
Beliau berkata pengguna yang terkesan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka Isnin nanti.
"Saya faham ia memberikan gangguan kepada ramai penumpang tetapi saya juga berharap penumpang memahami keadaan ini bukan sesuatu yang kita nak tutup. Kita perlu utamakan keselamatan tren dan penumpang, itu paling penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Kementerian Pengangkutan masih menunggu laporan daripada pakar dan jurutera berkaitan jajaran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) berdekatan Stesen Bandaraya yang mengalami kerosakan struktur, semalam. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Gangguan LRT: MOT tunggu laporan pakar - Anthony Loke
Laporan berkenaan akan memberi gambaran mengenai sejauh mana kerosakan struktur itu memberi kesan dari aspek keselamatan.

Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.

Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.

Gangguan LRT: Ujian penuh esok tentukan pembukaan semula perkhidmatan
Tarikh pembukaan perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya akan bergantung kepada hasil pengujian yang akan bermula malam ini.

Gangguan LRT: Wee Ka Siong tidak tolak kemungkinan sabotaj
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).

LRT tergendala: Majikan boleh pertimbang beri kelonggaran kepada pekerja - MEF
Majikan boleh memberi kelonggaran termasuk memberi kebenaran masuk lewat ke pejabat atau bekerja dari rumah bagi pekerja yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Gangguan LRT: Ujian pergerakan tunjuk hasil positif selepas penambahbaikan - Prasarana
Ujian selanjutnya akan dijalankan bersama pakar 'original equipment manufacturer' (OEM) dari Kanada dan Dubai.

Prasarana peruntuk RM250 juta naik taraf pencawang elektrik LRT Laluan Kelana Jaya
Prasarana umum langkah yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.

Perkhidmatan LRT terjejas, pengguna 'berang' terkandas beberapa jam
Beratus-ratus pengguna perkhimatan Transit Aliran Ringan (LRT) terkandas pagi ini susulan gangguan bekalan elektirk dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park.