PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).
Wee berkata beliau telah berbincang dengan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) pada Rabu lepas untuk melihat punca masalah itu secara menyeluruh dan bukan hanya terhad kepada aspek teknikal.
"Setakat ini, disebabkan masalah sistem dan signal. Bagaimanapun, kerajaan dan Prasarana telah ambil keputusan untuk melantik syarikat perunding bebas WSP yang disegani di peringkat antarabangsa untuk menjadi konsultan bagi melihat semua aspek termasuk apa yang dinyatakan (unsur sabotaj)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Datuk Ridza Abdoh Salleh mendakwa terdapat kemungkinan punca gangguan perkhidmatan bagi LRT laluan Kelana Jaya disebabkan unsur sabotaj.
Pada 8 Nov, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan dan terpaksa dihentikan berpunca daripada sistem kawalan tren automatik (ATC) yang menyebabkan kehilangan signal antara pusat kawalan dengan tren.
Keesokannya, Prasarana mengumumkan sebahagian perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari hingga 15 Nov ini yang membabitkan 16 stesen dari stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park.
Gangguan itu telah menjejaskan kira-kira 200,000 pengguna yang terpaksa beralih kepada kaedah pengangkutan lain bagi urusan harian serta menyaksikan trafik di ibu kota semakin sesak terutama pada waktu puncak.
Wee berkata punca yang dikenal pasti kepada gangguan ialah Vehicle Control Centre (VCC) dan Signalling Management Centre (SMC).
Beliau berkata modem dan peranti untuk bekalan elektrik telah ditukar malah penggunaan peralatan diagnostik pengilang asal (OEM) daripada Thales Group telah membuktikan sistem kembali stabil setakat ini.
Dalam pada itu, Wee berkata Lembaga Pengarah Prasarana telah meluluskan peruntukan RM150 juta untuk menggantikan sistem kawalan tren automatik selepas insiden pelanggaran LRT laluan Kelana Jaya pada 24 Mei.
Beliau berkata proses perolehan sedang berjalan dan memerlukan 30 bulan mengikut perancangan yang bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menjamin keselamatan pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong ketika menghadiri sidang media mengenai gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang tergendala akibat masalah sistem pemanduan automatik di Kompleks Rapid Rail Lembah Subang hari ini. - Foto BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Gangguan LRT: MOT tunggu laporan pakar - Anthony Loke
Laporan berkenaan akan memberi gambaran mengenai sejauh mana kerosakan struktur itu memberi kesan dari aspek keselamatan.

Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.

Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.

Gangguan LRT: Ujian penuh esok tentukan pembukaan semula perkhidmatan
Tarikh pembukaan perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya akan bergantung kepada hasil pengujian yang akan bermula malam ini.

Gangguan LRT: Wee Ka Siong tidak tolak kemungkinan sabotaj
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).

LRT tergendala: Majikan boleh pertimbang beri kelonggaran kepada pekerja - MEF
Majikan boleh memberi kelonggaran termasuk memberi kebenaran masuk lewat ke pejabat atau bekerja dari rumah bagi pekerja yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Gangguan LRT: Ujian pergerakan tunjuk hasil positif selepas penambahbaikan - Prasarana
Ujian selanjutnya akan dijalankan bersama pakar 'original equipment manufacturer' (OEM) dari Kanada dan Dubai.

Prasarana peruntuk RM250 juta naik taraf pencawang elektrik LRT Laluan Kelana Jaya
Prasarana umum langkah yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.

Perkhidmatan LRT terjejas, pengguna 'berang' terkandas beberapa jam
Beratus-ratus pengguna perkhimatan Transit Aliran Ringan (LRT) terkandas pagi ini susulan gangguan bekalan elektirk dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park.