Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperuntukkan RM250 juta bagi menaik taraf pencawang tenaga elektrik laluan LRT Kelana Jaya serta beberapa kerja sampingan bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata kerja menaik taraf pencawang tenaga elektrik perlu disegerakan berikutan hasil penilaian mendapati beberapa komponen penting seperti bekalan tenaga elektrik bagi menggerakkan tren di laluan Kelana Jaya memerlukan penambahbaikan.
"Hasil siasatan awal mendapati punca insiden tempoh hari tidak ada kaitan dengan tren. Kami mendapati tren berhadapan masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik yang tidak mampu menanggung jumlah tren pada waktu puncak.
"Kerja naik taraf ini akan siap sepenuhnya hujung tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Prasarana, di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan bagi mengumumkan langkah Prasarana bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.
Azmi berkata kos tersebut tidak melibatkan kos naik taraf kabel elektrik di laluan berkenaan memandangkan pihak syarikat masih mengenal pasti jumlah kabel elektrik yang perlu diganti.
"Sekarang kami sedang kenal pasti kabel elektrik yang perlu diganti sebelum tiba tarikh penggantian. Jumlah kabel elektrik ini banyak. Maka kami akan pastikan tidak ada yang terlepas pandang," katanya.
Mengenai pengukuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelak insiden sama berulang, Azmi berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada pengeluar kabel elektrik bagi mengenal pasti punca kegagalan membekalkan tenaga elektrik secukupnya.
"Kabel ini uzur sebelum tempohnya iaitu 20 tahun. Ia telah digunakan selama 18 tahun namun ia uzur sebelum tempoh tersebut.
"Maka pihak kami ambil langkah segera untuk gantikan kabel elektrik. Maklum balas dan tindakan segera ini perlu bagi kami untuk mengetahui jumlah kos yang perlu," katanya.
Ditanya mengenai pertemuan kedua beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Azmi berkata perdana menteri mahu pihak syarikat mencari jalan agar gangguan seumpama itu tidak berulang.
Katanya, perdana menteri menyatakan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam perlu dititikberatkan agar tidak menyusahkan pengguna, malah menyokong tindakan naik taraf secara segera yang diambil Prasarana.
Pada 7 Sept lepas, ribuan pengguna terkandas di beberapa stesen laluan LRT Kelana Jaya sejak 7 pagi akibat masalah berkaitan sistem isyarat dan komunikasi yang menyebabkan kelewatan perjalanan tren di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi, dan perkhidmatan pulih kira-kira 1.15 tengah hari.
Pada 9 Sept, perkhidmatan LRT bagi laluan Setiawangsa-KLCC terganggu semasa waktu puncak pada 9 pagi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba terhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.
Penumpang tren berkenaan kemudian terpaksa berjalan di atas trek menuju ke Stesen Damai dengan mengambil masa hampir 10 minit, dan perkhidmatan pulih pada kira-kira 11.45 pagi.-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2016

Menurut Azmi kerja menaik taraf ini akan siap sepenuhnya hujung tahun ini. - Foto fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Projek rel berkembar Gemas-JB dijangka siap akhir 2023
Projek mega itu kini sudah memasuki fasa akhir dengan kira-kira 85 peratus kerja-kerja pembinaan selesai.

Saya bersyukur dapat bekerja di bumi Mekah - Pengendali tren MMMSL
Beliau merupakan salah seorang anak Malaysia daripada 99 orang pengedali tren yang bakal berkhidmat pada musim haji kali ini.

MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus
Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang kini 99 peratus siap dan akan dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mengikut jadual pada 17 Julai ini.

MMMSL: Kumpulan kedua pemandu tren Prasana berlepas ke Mekah
Mereka Akan menyertai 50 orang pemandu tren Malaysia yg sudah pun berada di depoh MMMSL di Arafah sejak bulan Mei lepas.

Prasarana jangka serah tender pakej utama LRT3 menjelang Julai ini
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata setakat ini, pihaknya telah menyiapkan pakej bagi sistem kerja dan sedang meneliti pakej tender bagi kerja-kerja sivil.

Prasarana peruntuk RM250 juta naik taraf pencawang elektrik LRT Laluan Kelana Jaya
Prasarana umum langkah yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.

Prasarana jangka catat tambahan 300,000 penumpang harian apabila siap LEP
Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong, dijangka mencatat tambahan 300,000 penumpang harian.

Tiga syarikat bakal dianugerahkan kontrak pakej projek LRT3
Prasarana Malaysia Berhad akan mengumumkan 3 syarikat yang akan dianugerahkan kontrak bagi menguruskan 3 pakej kerja sistem bagi projek LRT3 laluan Damansara Utama-Klang.

Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini
Empat stesen berkenaan adalah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri.

Sukuk Prasarana terlebih langgan
Syarikat pengangkutan negara, Prasarana telah menerima pesanan sehingga RM7.9 bilion daripada 54 institusi kewangan tempatan untuk terbitan sukuk berjumlah RM3 bilion.