Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) kini dalam proses untuk menganugerahkan tender bagi pakej utama projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) sejauh 37 kilometer menjelang Julai ini.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata setakat ini, pihaknya telah menyiapkan pakej bagi sistem kerja dan sedang meneliti pakej tender bagi kerja-kerja sivil.
Malah, ia yakin proses penganugerahan kontrak itu akan berjalan lancar seperti dijadualkan.
"Kita menjangkakan dapat menyelesaikan urusan penganugerahan tender untuk semua kerja-kerja utama menjelang Julai ini.
"Sebagaimana dijanjikan, 40 peratus daripada semua kontrak itu akan diberi kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera.
"Oleh itu, kita berharap pihak yang mendapat pakej itu akan memulakan kerja-kerja bagi pakej itu sebelum akhir tahun.
"Malah, beberapa kerja awal di kawasan terbabit di sepanjang laluan itu, khususnya di kawasan depot, sudah pun bermula," katanya kepada pemberita pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dan Institut Jurutera-Jurutera Malaysia (IEM) di sini, pada Selasa.
MoU itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman dan Presiden IEM Ir Tan Yean Chin.
Sementara itu, Zohari berkata usaha sama kedua-dua pihak itu bertujuan meningkatkan profesion dan industri.
Katanya, sebagai peneraju dalam rel bandar, Rapid Rail dan IEM melihat peluang besar yang boleh dimanfaatkan bersama untuk kebaikan industri berkenaan.
Mengulas perkara sama, Azmi berkata bakat kejuruteraan di negara ini masih berada di pelbagai peringkat manakala bagi kerja-kerja membabitkan sistem, khususnya aspek pengisyaratan, Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan firma asing.
"Kita perlu bekerja sambil menggalakkan bakat tempatan untuk mempertingkatkan diri sejajar (keperluan) tahap antarabangsa," katanya.
Pada masa ini, Prasarana mengambil khidmat lebih 400 siswazah kejuruteraan, termasuk kira-kira 50 peratus yang bertugas di Rapid Rail. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017

Azmi berkata bakat kejuruteraan di negara ini masih berada di pelbagai peringkat manakala bagi kerja-kerja membabitkan sistem, khususnya aspek pengisyaratan, Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan firma asing. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Projek rel berkembar Gemas-JB dijangka siap akhir 2023
Projek mega itu kini sudah memasuki fasa akhir dengan kira-kira 85 peratus kerja-kerja pembinaan selesai.

Saya bersyukur dapat bekerja di bumi Mekah - Pengendali tren MMMSL
Beliau merupakan salah seorang anak Malaysia daripada 99 orang pengedali tren yang bakal berkhidmat pada musim haji kali ini.

MRT fasa 2 Semantan-Kajang siap 99 peratus
Pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang kini 99 peratus siap dan akan dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mengikut jadual pada 17 Julai ini.

MMMSL: Kumpulan kedua pemandu tren Prasana berlepas ke Mekah
Mereka Akan menyertai 50 orang pemandu tren Malaysia yg sudah pun berada di depoh MMMSL di Arafah sejak bulan Mei lepas.

Prasarana jangka serah tender pakej utama LRT3 menjelang Julai ini
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata setakat ini, pihaknya telah menyiapkan pakej bagi sistem kerja dan sedang meneliti pakej tender bagi kerja-kerja sivil.

Prasarana peruntuk RM250 juta naik taraf pencawang elektrik LRT Laluan Kelana Jaya
Prasarana umum langkah yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.

Prasarana jangka catat tambahan 300,000 penumpang harian apabila siap LEP
Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong, dijangka mencatat tambahan 300,000 penumpang harian.

Tiga syarikat bakal dianugerahkan kontrak pakej projek LRT3
Prasarana Malaysia Berhad akan mengumumkan 3 syarikat yang akan dianugerahkan kontrak bagi menguruskan 3 pakej kerja sistem bagi projek LRT3 laluan Damansara Utama-Klang.

Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini
Empat stesen berkenaan adalah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri.

Sukuk Prasarana terlebih langgan
Syarikat pengangkutan negara, Prasarana telah menerima pesanan sehingga RM7.9 bilion daripada 54 institusi kewangan tempatan untuk terbitan sukuk berjumlah RM3 bilion.