KUALA LUMPUR: Ujian pergerakan yang dijalankan terhadap tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, selepas beberapa penambahbaikan susulan gangguan perkhidmatan pada Selasa, menunjukkan hasil yang positif.
Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, ujian selanjutnya akan dijalankan bersama pakar 'original equipment manufacturer' (OEM) dari Kanada dan Dubai.
Ia bagi mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya supaya perkhidmatan dapat kembali beroperasi setelah mengalami gangguan susulan kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC).
"Dari segi teknikal, kami telah buat analisis. Dan sejak dua hari lepas, telah membuat penambahbaikan dengan menukar modem dan menambah baik bekalan kuasa. Dan kita telah membuat ujian.
"Pada awalnya, ada satu tren yang terpaksa dikawal secara manual. Tetapi selepas itu, 10 tren itu berjalan dengan lancar. Ia satu perkembangan yang baik.
"Kita mengkaji pengesahannya bersama pakar malam ini dan kami berharap untuk melakukan ujian lebih lagi bagi memastikan operasi dikembalikan lebih pantas dan baik," katanya pada satu sidang media hari ini.
Pada Rabu, Prasarana memohon maaf kepada pengguna terjejas susulan gangguan perkhidmatan LRT tersebut.
Sebanyak 16 stesen dari LRT Kelana Jaya ke Ampang Park dihentikan selama tujuh hari bermula semalam bagi mencari penyelesaian penuh susulan masalah ATC yang tidak stabil.
WAKTU MENUNGGU BAS 5 MINIT
Sementara itu, Mohd Azharuddin menjelaskan, waktu menunggu bas perantara di stesen LRT kini adalah lima minit susulan lebih 100 unit kenderaan itu yang kini digunakan untuk mengambil penumpang.
Katanya, ia dapat direalisasikan selepas kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan MARA Liner.
"Lebih 100 bas perantara disediakan hari ini dan 80 kakitangan disediakan di stesen untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang dan membantu penumpang menaiki bas perantara.
"Kami sendiri berada di beberapa stesen pada pagi ini untuk memantau keadaan dan setakat ini keadaan adalah terkawal.
"Dengan pertambahan perkhidmatan bas perantara, tempoh masa menunggu bagi perkhidmatan bas ini adalah lima minit," ujarnya.
Semalam, Rapid Bus mengumumkan penambahan 20 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas berikutan penutupan 16 stesen itu.
Dengan itu, jumlah bas perantara kini mencecah lebih 100 buah bagi menampung penumpang di lima laluan melibatkan Laluan LRT 1: Stesen Ara Damansara – Stesen Pasar Seni; dan Laluan LRT 2: Stesen Ara Damansara – Stesen Kelana Jaya.
PAMPASAN PENUMPANG TERJEJAS
Sementara itu, Mohd Azharuddin turut berkata, penumpang yang terjejas akan diberikan pampasan berbentuk tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya.
Perkara itu akan dilaksanakan selepas perkhidmatan itu pulih dan butiran perincian akan diumumkan dalam masa terdekat.
JUSTIFIKASI GANTUNG OPERASI
Beliau juga hari ini menjelaskan sebab Prasarana terpaksa membuat keputusan menggantung perkhidmatan LRT tersebut, yang menurutnya adalah demi keselamatan orang awam.
Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang kejadian kemalangan seperti yang pernah terjadi pada Mei 2021, melibatkan pertembungan dua tren LRT di dalam terowong.
"Pada 5 Nov, telah berlaku beberapa gangguan atau litar pintas, jadi jurutera kami melihat perkara itu dan cuba untuk menstabilkannya.
"Pada malam hari kejadian, data menunjukkan, tren tidak dapat bergerak secara automatik, sekali gus terdapat masalah, jadi kami perlu melihat dan cuba untuk menyelesaikannya.
"Malah, ini bermakna, kami tidak dapat melihat tren itu di skrin kami. Dan itu sangat penting untuk kami.
"Keputusan yang kami buat adalah demi keselamatan orang ramai. Kami sebagai organisasi yang bertanggungjawab perlu memastikan keselamatan diutamakan," jelasnya.
Afiezy Azaman
Thu Nov 10 2022

Mohd Azharuddin (tengah) berkata, penumpang LRT yang terjejas akan diberikan pampasan berbentuk tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.

Fasiliti pintu platform automatik pastikan keselamatan penumpang monorel - Loke
PAGS direka agar beroperasi selari dengan pergerakan pintu tren, dengan tambahan tiga pintu kecemasan serta skrin tetap di hujung platform untuk memperkukuh aspek keselamatan.

Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.

Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.

PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.

Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.

Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.

Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.

PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.