HULU SELANGOR: Kadar bayaran gaji yang tidak setimpal menjadi punca berlakunya kekurangan pemandu bas di negara ini khususnya di beberapa kawasan tumpuan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara pihak yang paling terjejas adalah pengusaha syarikat bas ekspres.
Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun tambahan harian kepada pemandu bas.
“Ini bagi memastikan pemandu bas dibayar mengikut produktiviti mereka. Jadi apabila mereka datang kerja ada pendapatan tambahan seterusnya membuatkan pakej pemandu bas jadi lebih menarik.
“Kita harap usaha ini dapat tarik lebih ramai individu untuk berkhidmat sebagai pemandu bas terutamanya di kawasan Lembah Klang.
“Lembah Klang memerlukan pertambahan bas yang mendadak namun dalam masa sama wujud masalah kekurangan pemandu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan pada Isnin.
Selain itu, Loke juga berkata, kerajaan akan berusaha untuk mengembalikan bas-bas mini bagi memastikan akses perkhidmatan bas berkenaan mampu menembusi kawasan perumahan berikutan wujud permintaan bagi lokasi itu.
Dalam pada itu, Loke menjelaskan, program MyPSV juga merupakan salah satu inisiatif bagi menambah jumlah pemandu bas.
Katanya, program berkenaan menyasarkan pertambahan 500 orang pemandu bas berdasarkan kemudahan yang telah diberikan meskipun angka itu masih belum mencukupi untuk menampung permintaan ketika ini.
MyPSV ujar Loke dilihat menjadi pemudah cara buat kelompok e-hailing yang sebelum ini didakwa berdepan beberapa kesukaran selain kerajaan turut menampung kos-kos perlesenan dan kursus.
Hilmi Malik
Mon Jul 03 2023
![Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan - Anthony Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688363757_TBAnthonyLoke.jpg)
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kanan) bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Dewan Dato Abdul Halim Bandar Utama hari ini. - Foto BERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Arwah abang menangis bila salam, peluk' - Adik pemandu bas Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Arwah abang menangis bila salam, peluk' - Adik pemandu bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735020543_tbNahasKM.jpg)
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Arwah abang menangis bila salam, peluk' - Adik pemandu bas
Menurut Noorismail, Allahyarham akan bertemu dengannya sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi namun tidak berbuat demikian semalam.
![11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu 11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732849942_alatanmenghisapsy.jpg)
11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu
Pihak berkuasa menjumpai satu alat untuk penyalahgunaan dadah, dipercayai milik pemandu bas itu.
![Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725606502_FahmiFadzil.jpg)
Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas.
![Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724841032_TBcabul.jpg)
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
![Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722489015_ZamryPon.jpg)
Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Kuantan-Segamat.
![Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721460537_pemandubas.jpg)
Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.
![Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719037630_AnthonyLoke.jpg)
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
![Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719720471_baspersiaran.jpg)
Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu direman selama empat hari bermula Ahad.
![Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717148843_basrempuhlori.jpg)
Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul
Pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer (KM) 290.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini mempunyai 15 rekod saman trafik.
![Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712459191_JPJLIVETIKTOK.jpg)
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.