KUALA LUMPUR: Golongan pekerja di Malaysia diunjur akan menerima kenaikan gaji sebenar sebanyak 2.8 peratus pada 2022, meningkat daripada pertumbuhan 1.5 peratus tahun ini, menurut Laporan Trend Gaji terkini oleh penyedia data pengurusan pekerja dan perisian, ECA International.
Laporan itu berkata negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand, antara negara dijangka menyaksikan kadar kenaikan gaji terpantas tahun depan berbanding 2021 apabila ekonomi negara berkenaan pulih daripada kesan pandemik COVID-19 dan sempadan antarabangsa dibuka semula .
Pengarah Serantau ECA International - Asia, Lee Quane berkata Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang paling terjejas akibat pandemik itu dan dijangka menyaksikan beberapa peningkatan tertinggi dalam kadar pertumbuhan gaji di Asia-Pasifik pada 2022 apabila ekonomi masing-masing kembali normal.
"Sekiranya negara-negara ini mampu mengawal inflasi pada 2022, prospek ekonomi yang bertambah baik memberi petunjuk bahawa kadar kenaikan gaji sebenar bagi pekerja di negara-negara ini akan menjadi antara yang tertinggi di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan itu berkata kenaikan gaji sebenar untuk pekerja diunjurkan pada 1.9 peratus secara purata di seluruh rantau Asia Pasifik pada 2022.
"Ia lebih tinggi daripada rantau lain dengan jangkaan kenaikan gaji sebenar global hanya 0.9 peratus secara purata.
Laporan Trend Gaji tahunan menganalisis itu kenaikan gaji semasa dan menjangkakan kenaikan gaji akan berlaku kepada lebih 70 negara dan bandar di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
![Gaji sebenar pekerja di Malaysia dijangka naik 2.8 peratus pada 2022 - ECA Gaji sebenar pekerja di Malaysia dijangka naik 2.8 peratus pada 2022 - ECA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637325797_Bajet.jpg)
Malaysia adalah antara negara yang dijangka menyaksikan beberapa peningkatan tertinggi dalam kadar pertumbuhan gaji di Asia-Pasifik pada 2022. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715866759_Sleepy.jpg)
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
![Sembilan daripada 10 pekerja tidak mahu lagi kembali kepada situasi bekerja secara 'normal' - Skillsoft Sembilan daripada 10 pekerja tidak mahu lagi kembali kepada situasi bekerja secara 'normal' - Skillsoft](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596594823_PEKERJAAN.jpg)
Sembilan daripada 10 pekerja tidak mahu lagi kembali kepada situasi bekerja secara 'normal' - Skillsoft
Sembilan daripada 10 pekerja Malaysia tidak mahu kembali semula kepada situasi bekerja secara 'normal', demikian menurut dapatan kaji selidik oleh Skillsoft.
![Singapura sedia kerjasama dengan Malaysia penuhi keperluan pelawat rentasi sempadan Singapura sedia kerjasama dengan Malaysia penuhi keperluan pelawat rentasi sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569744021_SESAK.jpg)
Singapura sedia kerjasama dengan Malaysia penuhi keperluan pelawat rentasi sempadan
Kementerian Luar republik itu berkata, cadangan aturan perjalanan perlu mengandungi protokol kesihatan awam yang dipersetujui bersama.
![Dakwaan 100,000 pekerja terjejas akibat COVID-19 bersifat andaian - Mahfuz Dakwaan 100,000 pekerja terjejas akibat COVID-19 bersifat andaian - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555759927_TBMahfuzOmar.jpg)
Dakwaan 100,000 pekerja terjejas akibat COVID-19 bersifat andaian - Mahfuz
Kementerian sedang mengumpul maklumat mengenai kesan COVID-19 terhadap golongan pekerja.